Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan satu perhubungan yang kekal hingga ke jannah. Namun, lain pula yang terjadi pada pasangan dari Sulawesi Barat ini apabila pengantin perempuan disahkan meninggal dunia setelah seminggu bergelar isteri kepada Ardiwansyah Tato.
Apa yang lebih menyayat hati apabila pengantin perempuan, Nurmadina tersebut tiba-tiba rebah semasa berlangsungnya majlis resepsi.
Rebah masa majlis resepsi
Menerusi laporan Tribun, pasangan ini telah diijabkabulkan pada 17 Oktober yang lalu. Nurmadina yang memakai baju pengantin berwarna merah secara tiba-tiba pengsan dan tidak sedarkan diri semasa majlis resepsi berlangsung. Suami serta beberapa orang tetamu cuba untuk membantunya.
Keadaan pada ketika itu tiba-tiba menjadi riuh dan ahli keluarga serta tetamu menjadi panik berikutan dengan insiden tersebut. Walau bagaimanapun, pengantin perempuan itu dikatakan pengsan kerana terlalu penat menguruskan majlis pernikahannya.
Majlis pengebumian
https://www.facebook.com/raka.bohay/videos/2664158426938188/
Nurmadina kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Nurmadina dikatakan telah koma selama seminggu sebelum disahkan meninggal dunia pada 24 Oktober yang lalu.
Nurmandina dikejarkan ke hospital dan koma selama seminggu sebelum meninggal dunia pada Khamis 24 Oktober lalu. Nurmadina juga dikatakan mempunyai masalah kesihatan dan sering jatuh sakit.
Suasana majlis pengebumian Nurmadina suram dan dibanjiri dengan tangisan si suami, ahli keluargad an rakan terdekat.