berita

[VIDEO] Jadikan Batu Nisan Sebagai ‘Baby’, Lelaki Kongsi Pengalaman 50 Tahun Berumah Di Tepi Kubur

June 10th, 2021 | by Shira
Kini Trending

Kebiasaannya kita lihat kebanyakan orang mempunyai rumah dengan pemandangan yang menarik seperti gunung-ganang, taman permainan, persekitaran bandar dan sebagainya.

Tetapi berbeza pula dengan kisah yang dikongsikan seorang pemuda ini dimana pemandangan rumahnya adalah kawasan perkuburan. Bayangkan, buka sahaja tingkap dah nampak kubur. Seram!

Cabut batu nisan jadikan ‘baby’

Pengalaman itu dikongsikan oleh lelaki yang dikenali dengan nama Otam Blur menerusi beberapa video di TikTok. Menurut Otam, rumahnya itu terletak di sempadan kawasan tanah wakaf yang digunakan untuk perkuburan Islam. Oleh disebabkan itu, di belakang rumahnya terdapat kubur. Jelas Otam lagi, tanah wakaf tersebut dinggarkan berusia 150 hingga 200 tahun.

Batu nisan yang kecil-kecil ni, aku yang cabut dengan adik aku dulu. Main pondok-pondok, tak ada baby. Aku pergi bantai cabut, aku balut dengan kain, aku buat baby-baby.

Apabila ditanya mengenai pengalaman misteri, Otam mengakui dia dan keluarga pernah berdepan dengan kejadian mistik tetapi bagi mereka itu adalah normal. Hal ini kerana, mereka sekeluarga sudah 50 tahun lebih menetap di situ.

Nak kata mistik, bukan mistik kot sebab dah selalu terjadi. Dekat rumah kitaorang ni banyak bilik. Bilik yang pertama iaitu bilik mak Otam, besar juga lah. Tapi mak Otam tak tidur situ dan bilik tu dijadikan wardrobe. Bilik tu jarang digunkan. Bilik tu menghadap ruang tamu.

Mak Otam selalu baca Yassin dengan Al-Quran dekat ruang tamu, bila mana Subuh atau Maghrib ataupun waktu malam lah solat tahajud ke apa. Masa baca Al-Quran dan Yassin mesti ada tendangan sekali dekat pintu bilik kosong tu. Tendang pintu dengan kuat.

Perkongsian video tersebut telah mendapat sehingga 450k tontonan dan 57k tanda suka. Malah, kebanyakan netizen turut memuji ‘keberanian’ lelaki ini berumah di tepi kawasan perkuburan.

Belakang rumah ada kubur

@otamblurrrrrItu ##newyork style, ini Sungai Putat Batu Berendam Melaka punye style maa.. ?? ##fyp ##ny ##funny ##melaka ##malaysia? original sound – OtamBlurrrrr

@otamblurrrrrReply to @kerangbulu09 ye blkng rmh sy mmg tnh wakaf utk perkuburan islam.Tnh keluarga sempadan dgn tanah wakaf ni.Misteri? Ermm ade kot heheh ##fyp? original sound – OtamBlurrrrr

Pengalaman mistik

@otamblurrrrrReply to @aslezgramm_ corat coret kubor lama belakang rumah ##fyp ##misteri ##melaka ##seram ##kubur? original sound – OtamBlurrrrr

@otamblurrrrrReply to @h.a.n.i.s.a.h mistik dah x mistik sbb selalu nau dengau org tendang pintu bilik tu bila baca Quran atau Yassin ##fyp ##misteri ##melaka ##mistik? original sound – OtamBlurrrrr

Sumber: Otam Blurr

SKIP THIS AD ×