![[VIDEO] Jaja Ishak Tak Kisah Dituduh Tumpang Populariti Hadie, Ammar & Auddra](https://asset.ohbulan.com/2026/02/jaja-ishak-Dentam-Dentum-Raya.jpg)
Penerbit Jaja Ishak, melihat dakwaan menumpang populariti trio remaja Hadie Elfardie, Ammar Haikal dan Auddra Zulkifli bukan sesuatu negatif.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jaja Ishak Simpati Dengan Nasib Mia Sara Nasuha – ‘Pengarah Perlu Beri Peluang, Dia Ada Kelebihan’
Artikel Berkaitan: Jaja Ishak Buktikan Pendatang Baharu Boleh Jadi ‘Pelaris’ – ‘Dengan Syarat Kualiti Lakonan Baik, Jalan Cerita Menarik’
Tugas sebagai penerbit
Menurut pemilik syarikat produksi dan label muzik Jaja Ishak Channel, dia menganggap itu sebahagian daripada tanggungjawabnya sebagai penerbit.
Saya tak kisah kalau orang kata saya gunakan populariti Hadie, Auddra dan Ammar.
Bagi saya ini memang tugas penerbit dan juga perniagaan. Kalau produk berkualiti, hasilnya bukan untuk saya sahaja tetapi untuk syarikat dan staf yang bekerja bersama.
Jaja berkata, walaupun mampu membiayai penghasilan lagu sendiri, dia sedar tidak mempunyai bakat nyanyian.
Baginya, memilih bakat yang tepat penting untuk memastikan sesebuah karya berjalan lancar dan memberi manfaat kepada semua pihak terlibat.
Saya boleh saja keluarkan lagu sendiri sebab ada modal, tapi saya tahu kemampuan saya bukan di situ.
Jadi saya biarkan mereka menyanyi dan saya berada di belakang. Dari situlah terhasil lagu Dentam Dentum Raya.
Populariti bukan utama
Dalam pada itu, Jaja menegaskan, isu populariti bukan keutamaannya kerana dia fokus kepada membuka peluang pekerjaan melalui karya yang dihasilkan.
Isu populariti bukan keutamaan saya. Apa yang penting peluang kerja dapat diwujudkan untuk ramai orang.
Jaja menerbitkan lagu Dentam Dentum Raya, single pertama gandingan trio yang lebih dikenali sebagai Trio Mut.
Lagu ini mendapat sentuhan komposer dan penulis lirik seperti Amzar Sabri, Jaja Ishak, Rebelasia dan Madebyartin.