![[VIDEO] Jaja Ishak Terkejut Lagu ‘Hati Yang Dikecewa’ Cecah Lebih 500K Tontonan, Tegas Tak Pernah Tumpang Populariti Ina Naim](https://asset.ohbulan.com/2025/12/jaja-2.jpg)
Penerbit dan pengarah, Jaja Ishak, mengakui dia langsung tidak menjangka lagu Hati Yang Dikecewa nyanyian Phyrosh Elfadwah atau Yosh, anak kepada penyanyi Ina Naim mendapat sambutan luar biasa di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jaja Ishak Syukur Terima Anugerah Khas Usahawan Wakaf MARA Madani, Sentiasa Pegang Pesanan Ibu Bapa Untuk Terus Memberi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hadie & Adik Bimbing Kanak-Kanak Mengaji Buat Netizen Kagum – ‘Mereka Warisi Ilmu Dari Arwah Suhaimi Saad’
Meraih lebih 500,000 tontonan di TikTok
Menurut Jaja, dia hanya berkongsi versi demo tetapi sudah mendapat lebih 500,000 tontonan di TikTok.
Sangat terkejut.. itu bukan lagu mix atau master, hanya rakam untuk demo tetapi ramai yang suka lagu tersebut dan menjadi viral.
Lagu Hati Yang Dikecewa dihasilkan secara tak sengaja, kami memang sedang mencari penyanyi untuk lagu ini.
Proses penghasilan mengambil masa seminggu. Saya tak sangka lagu itu akan viral walaupun hanya kongsikan teaser sahaja di TikTok.
Dalam masa singkat dapat lebih 500,000 tontonan dan 1,000 komen positif daripada pendengar.
Tumpang populariti?
Cerita Jaja, tawaran kepada Yosh terjadi secara spontan kerana ketika itu dia memang sedang mencari penyanyi yang sesuai untuk membawakan lagu tersebut.
Saya berborak dengan Ina, siapa penyanyi yang sesuai untuk menyanyikan lagu itu? Secara tiba-tiba, saya terus tawarkan peluang menyanyi untuk anak gadis Ina, Yosh.
Dalam masa yang sama, kita memang sedang menghasilkan lagu Raya, Dentam Dentum Raya untuk anak sulung Ina, Hadie Elfardie. Lagu tersebut dinyanyikan bersama Auddra dan Ammar Haikal.
Ditanya adakah Jaja menumpang populariti keluarga Ina, jawabnya dia tidak pernah mencari spotlight.
Saya sudah berpuluh tahun bekerja di belakang tabir dan tidak pernah mencari spotlight.
Saya lebih percaya kepada rezeki. Tak ada istilah nak tumpang populariti. Saya sudah bekerja dengan ramai artis, drama saya sendiri dah berpuluh-puluh yang viral.
Tak ada isu menumpang sesiapa. Kebetulan, pada waktu itu Ina banyak bersama dengan saya.
Sejujurnya, mudah untuk bekerjasama dengan Ina dan anak-anak kerana mereka senang memberikan komitmen.
Hati Yang Dikecewa nyanyian Phyrosh Elfadwah atau Yosh terbitan Jaja Ishak Channel bakal menemui peminat pada 5 Disember ini di semua platform penstriman digital.