Gejala buli dan gengsterisme yang berlaku dalam kalangan remaja bukanlah satu perkara yang asing lagi. Kes sebegini secara tidak langsung memberi kesan terhadap fizikal dan mental mangsa sehingga boleh membuatkan mereka menjadi trauma seumur hidup.
Terbaru, seorang pengguna Facebook iaitu Amirul Roy Official berkongsi satu video yang memaparkan seorang remaja telah menjadi mangsa buli ‘rakan-rakannya’.
Kejamnya!
Berdasarkan video pendek berdurasi 0:30 saat memperlihatkan beberapa orang remaja berada di satu tempat seperti di kawasan perumahan. Menurut sumber, kejadian buli ini berlaku di PPR Block B, Kampung Muhibah Puchong berhampiran kawasan taman. Jika dilihat dari video berkenaan, seorang remaja yang memakai baju tshirt berwarna hitam sedang duduk di atas kerusi sambil beberapa orang lagi remaja berdiri berdekatan dengannya sementara seorang lagi berdiri di hadapan sambil merakam.
Namun, salah seorang daripada remaja yang tidak bertanggungjawab itu secara tiba-tiba telah menumbuk ke arah muka mangsa kemudian diikuti oleh remaja yang lain. Lebih mengejutkan apabila melihat mangsa ditendang pada bahagian muka tetapi dia langsung tidak membalas apa-apa dan hanya mendiamkan diri sahaja. Dalam posting itu, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan kumpulan remaja berkenaan. Malah, mereka juga menggesa pihak berkuasa supaya membuat siasatan lanjut berhubung kejadian ini.
‘Acah-acah jadi gengster’
Respon netizen
Sumber: Amirul Roy Official