berita

[VIDEO] ‘Jangan Kata Cik B & Kacak Derhaka Pula’ – Bekas Suami Gagal Hak Hadhanah Bertemu Anak

January 4th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini, bekas suami kepada jutawan kosmetik terkenal iaitu Datuk Seri Vida mendakwa dihalang bertemu dengan dua orang anaknya. Berikutan daripada itu, bekas suami iaitu Mohd Amin telah membuat tuntutan hadhanah di Mahkamah Syariah Kota Bharu.

Terbaru, pihak mahkamah telah memutuskan Mohd Amin gagal mendapatkan hak hadhanah untuk bertemu dengan anak-anaknya.

Tuntutan hadhanah gagal

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Kosmo Online, Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty mengarahkan kedua-dua anak Datuk Seri Vida iaitu Cik B dan Kacak supaya menghubungi bapa mereka sekurang-kurangnya sebulan sekali. Malah, Datuk Seri Vida juga tiada hak untuk menghalang Cik B dan Kacak bertemu dengan bapa mereka.

Mahkamah turut memberikan hak kepada kedua-dua beradik itu untuk membuat keputusan bertemu bapa mereka sekiranya sudah bersedia.

Ibu (Datuk Seri Vida) tidak mempunyai hak untuk menghalang kedua-dua anak sekiranya bersedia untuk bertemu ayah mereka.

Tambahnya lagi, keputusan itu dibuat adalah untuk mengelakkan daripada ikatan silaturahim antara bapa dan anak terputus.

‘Mama tak pernah halang’

Sementara itu, menerusi akaun Instagram Datuk Seri Vida, dia menjelaskan bahawa keadaan tidak mengizinkan Cik B dan Kacak berhubung atau berjumpa dengan bapa mereka atas sebab-sebab tertentu.

Tetapi Cik B dan Kacak, mama tak pernah halang kalau nak telefon ke apa dan mahkamah pun dah beri arahan kalau boleh Cik B dan Kacak hubungi bapa dia, bukan bapa dia hubungi dia.

Jangan kata Cik B anak derhaka, Kacak anak derhaka pula tokseh jumpa bapak. Dia tak tahu, dia cakap senang. Yang menghadapanya kami. Pahei dak?

Tambahnya lagi, dia juga meluahkan rasa syukur dengan keputusan yang diterima.

Sumber: Kosmo Online, Datuk seri Vida

SKIP THIS AD ×