Selain daripada dakwaan berlaku curang, pelakon Fattah Amin juga dikatakan culas memberi nafkah kepada aktres, Fazura dan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Fattah Berlaku Curang, Saya Ada Bukti’ – Fazura Dedah Sudah Dua Tahun Hidup Sengsara
Nafi culas jalan tanggungjawab
Ketika ditemui OhBulan!, Fattah menyangkal dakwaan tidak menjalankan tanggungjawab memberi nafkah keluarga.
Tegas Fattah, 34, dia mempunyai bukti penyata bank yang menunjukkan pengeluaran duit untuk keluarga.
Saya nafikan semua dakwaan dia. Jangan main sentimen tidak beri nafkah, saya ada bukti ke mana wang saya dikeluarkan.
Mungkin dia rasa tidak cukup untuk dia, tapi jangan cakap saya tak bagi nafkah.
Nafkah seperti mana kita semua tahu, nafkah adalah perkara asas setakat mana ikut kemampuan.
Fattah berkongsi perkara tersebut sejurus selepas sah bercerai, hari ini, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Kereta ‘Range Rover’ bukan hadiah
Dalam pada itu, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin menekankan kereta Range Rover bukan pemberian hadiah seperti didakwa Fazura.
Sebaliknya, kereta mewah tersebut diberikan oleh syarikat yang menjadi tempat dirinya bekerja.
Kereta Range Rover dihadiahkan kepada saya? Salah! (bukan hadiah). (Kereta) Itu adalah daripada syarikat kerana saya bekerja dengan syarikat Fazura.
Semua orang tahu saya bekerja dengan syarikatnya. Gaji saya ditolak untuk bayar kereta itu.
Janganlah ungkit perkara tidak sepatutnya.
Terdahulu, Fattah dan Fazura dah bercerai talak satu sekitar pujul 9.45 pagi pada Isnin.
Lafaz itu tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.