berita

[VIDEO] ‘Janganlah Kacau Dia Wehh!’ – Wanita Cuba Bunuh Diri Terjun Jambatan Diselamatkan Pemuda India

June 10th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Hakikatnya, setiap manusia di muka bumi ini akan berhadapan dengan masalah dalam kehidupan. Namun, setiap daripada mereka pasti mempunyai cara yang berbeza-beza untuk menyelesaikannya tetapi tidak kurang juga ada segelintir manusia yang tergamak mengambil ‘jalan singkat’ dengan cara membunuh diri.

Terbaru, seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Mesh ada berkongsi semula satu video yang memaparkan percubaan seorang wanita untuk membunuh diri.

Cubaan bunuh diri

Menerusi video berdurasi 0:53 saat itu memaparkan seorang wanita dipercayai sedang melakukan percubaan membunuh diri dengan cara terjun dari jambatan. Lokasi jambatan juga dilihat agak sibuk kerana ianya merupakan laluan jalan raya dimana kenderaan keluar masuk. Wanita yang lengkap memakai Tshirt berwarna merah dan mengenakan hijab dilihat sedang berdiri di sebalik penghadang di jambatan itu sebelum diselamatkan oleh dua orang awam yang melalui kawasan tersebut.

Kejadian ini juga sempat dirakam oleh sepasang suami isteri yang berada berdekatan dengan lokasi berkenaan. Dalam video tersebut kelihatan dua orang lelaki berbangsa India telah mendekati wanita berkenaan. Tanpa berlengahkan masa, mereka terus menariknya keluar daripada kawasan bahaya tersebut.

‘Terbaik bro’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia memuji tindakan pantas dua orang lelaki tersebut yang telah mengawal keadaan sekaligus berjaya menyelamatkan wanita berkenaan.

Sumber: Mesh

SKIP THIS AD ×