Pelakon dan hos, Janna Nick dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah resdung yang teruk.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janna Nick Nangis, Kecewa Dini Dituduh Lebih Hormon Wanita Punca Tak Dapat Anak – ‘Dah Setahun Kami Buat IVF, Tapi Gagal’
Artikel Berkaitan: Janna Nick Dedah Menangis Seorang Diri Dalam Tandas Bila Datang ‘Period’ – ‘Saya Pernah Breakdown Lebih Teruk Lagi’
Gara-gara kucing
@jannanickofficial ingat tau kalau hidung mancung.. bukan saja saja ? #mukbang #nasilemak #malaysianfood
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner memberitahu bahawa dia mengalami masalah tersebut selepas menjalani penggambaran dengan seekor kucing.
Difahamkan Janna perlu membuat pembedahan disebabkan resdung yang serius.
Ini pertama kali dalam hidup saya perlu buat pembedahan, yang pastinya saya masuk hospital bukan sebab mengandung.
Sebelum ini saya ada jalani penggambaran dengan kucing. Ia telah menyebabkan hidung saya menjadi sangat teruk sampai masuk hospital.
Alami masalah resdung kronik
Walau bagaimanapun, menurut pengacara program Famili Duo itu dia masih menunggu untuk menjalani pembedahan berikutan terdapat jangkitan pada paru-parunya.
Saya kena buang tulang sikit sebab bengkok tapi belum pembedahan lagi sebab ada jangkitan dekat paru-paru, jadi belum sesuai lagi untuk buat pembedahan.
Sinus saya agak kronik. Resdung adalah masalah yang besar juga terutama apabila hilang nikmat rasa dan bau.
Sumber: TikTok Janna Nick