Sikap pemurah yang ditonjolkan oleh pasangan pelakon, Janna Nick dan Dini Schatzmann telah memberikan kesan yang mendalam terhadap beberapa orang staf agensi pelancongan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janna Nick Bakal Jalani Pembedahan Sinus Selepas ‘Shooting’ Dengan Kucing – ‘Saya Kena Buang Tulang Sikit..’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janna Nick Nangis, Kecewa Dini Dituduh Lebih Hormon Wanita Punca Tak Dapat Anak – ‘Dah Setahun Kami Buat IVF, Tapi Gagal’
‘Didikan mak ayah’
@lutfirsempornatravel aku boleh cakap didikan mak dan ayah @jannanick ni baik sgt.. hampir smua staf lutfir dan staf resort dia siap bg duit tips.. budak2 @lutfirtravel x nk belanja duit tu nk simpan dlm frame katanya ?? smpai macamtu skali korang ya.. ya lah minat kan.. klau bab laki dia @dinischatzmann pulak sama jugak.. nk bayar makan berebut2 nk bayar.. yelah artis mesti la kedai makan nk belanja.. tp dia ni lain, dia nk bayar dan lastday aku bg lah biar dia bayar ?tq janna n dini.. korang memang awsome ??? harap dapat berjumpa lagi .. #lutfirtravel
? original sound – LUTFIR SEMPORNA TRAVEL – LUTFIR SEMPORNA TRAVEL
Menerusi perkongsian di TikTok, agensi pelancongan Lutfir Semporna Travel memuat naik momen-momen Janna dan Dini sepanjang percutian mereka di Semporna, Sabah baru-baru ini.
Paling menarik perhatian, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner bermurah hati memberikan duit tip kepada para pekerja agensi tersebut dan staf resort yang didiaminya.
Aku boleh cakap, didikan mak dan ayah Janna ni baik sangat. Hampir semua staf Lutfir dan staf resort dia bagi duit tip.
Staf Lutfir tak nak belanja duit tu nak simpan dalam frame katanya. Sampai macam itu sekali, sebab minat.
Dalam masa yang sama, mereka turut memuji Dini kerana sifatnya yang suka berkongsi rezeki.
Dini pun sama juga, nak bayar makan berebut-rebut dia yang nak bayar. Selalunya kedai makan nak belanja artis tapi dia ni lain, dia yang nak bayar.
Terima kasih, Janna dan Dini. Awak berdua memang ‘awesome’, harap dapat berjumpa lagi.
Doa netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut kagum dengan sikap pemurah pasangan selebriti tersebut dan turut mendoakan agar mereka dikurniakan zuriat suatu hari nanti.
Sumber: TikTok Lutfir Semporna Travel