Bagi meraikan ulang tahun perkahwinan yang pertama, pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann telah mengadakan sebuah majlis pada Ahad.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dini Sahaja Kebahagiaan Saya, Siapa Berani Sentuh Saya Tak Kisah Masuk Penjara’ – Janna Nick
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Perempuan Kalau Cinta, Cinta Mati’ – Bella Astillah
Doa daripada Bella
Majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka turut dihadiri oleh rakan-rakan artis antaranya adalah Bella Astillah.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Bella di Instagram Story, Janna dilihat sebak ketika meminta Bella untuk mendoakannya agar dikurniakan cahaya mata.
Doa Bella antara doa yang dimakbulkan, doa orang yang teraniaya.
Malam ni Bella doakan Janna dapat zuriat. Nak baby comel macam anak-anak Bella.
Dalam pada itu, aktres berasal dari negeri di bawah bayu tersebut turut mendoakan hal yang sama kepada Janna selain mengucapkan selamat di atas ulang tahun perkahwinannya.
Masya-Allah cantik betul Janna. Terima kasih kerana menjemput saya.
You’re such a gem. Sweet dan baik hati.
Selamat ulang tahun perkahwinan Janna dan Dini. Dan semoga dikurniakan rezeki zuriat tak lama lagi, insya-Allah, amin.
Terdahulu, Janna pernah meluahkan rasa sedih kerana hasrat untuk menimang cahaya mata belum kesampaian selepas membuat ujian kehamilan.
Meskipun tertekan, namun pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu percaya bahawa Allah SWT akan memberikan sesuatu kepada hambanya pada waktu yang sesuai.
Untuk info, Janna dan Dini mendirikan rumah tangga pada 10 Jun tahun lalu di dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Aisyah, Langkawi Kedah.
Sumber: IG Bella Astillah