Seperti yang diketahui ramai, pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann selamat disatukan sebagai suami isteri pada pagi Sabtu.
Artikel Berkaitan: Janna Nick & Dini Schatzmann Sah Suami Isteri, RM2,703 Jadi Simbolik Tarikh Perkenalan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janna Nick & Dini Schatzmann Sedia Timang Anak – ‘Kita Serahkan Kepada Allah’
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Dah Tak Cinta Lepaskan, Bukan Gantung Tak Bertali!’ – Janna Nick
Doakan saya
Pelakon Puteri Sarah Liyana antara rakan selebriti yang ‘terbang’ ke Pulau Langkawi, Kedah untuk meraikan hari bahagia Janna dan Dini.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Puteri Sarah tumpang bahagia dengan perkahwinan itu dan mendoakan agar masjid yang dibina ini berkekalan hingga ke syurga.
Selain itu, aktres berumur 38 tahun ini sempat meminta peminatnya untuk mendoakan dirinya agar dapat mengecapi kebahagiaan seperti rakan baiknya.
Tahniah love Janna Nick dan Dini. Semoga berkekalan hingga ke Jannah. Doakan saya pulak.
Persahabatan yang indah
Sementara itu, di entri berbeza, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mengucapkan terima kasih kepada Janna atas hubungan persahabatan yang indah.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga gembira apabila dapat menyaksikan momen istimewa itu bersama.
Pada pukul 8.35 pagi, Janna sah menjadi isteri kepada Dini dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Aisyah yang terletak di Pulau Langkawi.
Dengan sekali lafaz, Dini menyerahkan mas kahwin RM2,703 yang menjadi simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019 dan juga seutas rantai emas.
Selain keluarga kedua belah pihak, antara rakan artis yang hadir ke majlis tersebut adalah Izzue Islam, Nora Danish, Ain Edruce, Nadia Brian, Mawar Rashid, Dayah Bakar dan ramai lagi.
Pasangan tersebut seterusnya diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang berlangsung di sebuah resort terkemuka di Langkawi.
Terdahulu, Janna menimbulkan spekulasi hubungan dengan Dini sudah berakhir apabila memuat naik perkongsian video memaparkan statusnya kini ‘single’ melalui hantaran di TikTok lalu ‘membawa diri’ ke Eropah.
Manakala, Dini memberitahu dia bakal mengumumkan status hubungan dengan Janna pada waktu yang sesuai.
Sekadar info, Dini dan Janna berkenalan ketika membintangi drama Bukan Cinta Aku dan serius menjalin hubungan cinta sejak 2019.