Pempengaruh media sosial dan usahawan, Abang Tesla, tampil memberikan penjelasan mengenai status hubungan dengan kedua-dua isterinya, Majdina dan Nursyafiqa.
Artikel Berkaitan: Netizen Tanya Betul Ke Cinta Sama Rata? Abang Tesla Jawab – ‘Rasa Cinta Lebih Kepada Isteri Yang Tak Banyak Buruk Sangka Pada Suami’
Artikel Berkaitan: Abang Tesla Berang Ada Kaki ‘Report’ Dekat Isteri Pertama Setiap Keluar ‘Dating’ Dengan Bini Kedua – ‘Hidup Kau Dah Bosan Sangat Ke?’
Nafi dah bercerai
View this post on Instagram
Menjawab pertanyaan netizen, Abang Tesla atau nama lengkapnya Muhammad Khal Iltizam Yusry, 30, menegaskan bahawa tiada isu penceraian dan hubungan rumah tangganya dengan kedua-dua isteri berada dalam keadaan baik.
Tambah Khal lagi, sebagai seorang suami, tanggungjawabnya adalah melindungi dan menjaga isteri, bukan menamatkan hubungan perkahwinan.
Tak akan lah aku ceraikan, isteri tu kan untuk dilindungi. Buat apa kita nak tunjuk. Itu isteri pertama saya dan kedua dalam kereta, kena asingkan. Faham-fahamlah.
Perkara itu mula menjadi pertanyaan ramai susulan Khal sudah jarang berkongsi momen bersama kedua isterinya di media sosial.
Khal turut menekankan bahawa dalam rumah tangga, suami seharusnya memainkan peranan sebagai pencari nafkah, manakala isteri lebih baik duduk di rumah dan berehat.
Kita sebagai suami, kita lah kena kerja. Isteri ni duduk rumah, berehat. Kita sebagai suami ni kena kuat, kita yang mencari rezeki. Kalau boleh isteri biar duduk rumah, layan kita je.
Menyedari bahawa segala perkongsian di media sosial boleh mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, Khal mengakui bahawa pengalaman lalu mengajarnya untuk lebih banyak berdiam diri dan memilih untuk tidak lagi bercerita tentang kisah peribadi kepada umum.
Orang nak marah atau nak cakap apa, lantak sebab kita nak cerita dekat laman sosial tak akan pernah habis
Aku ambil pengajaran sebagai pengalaman dulu, lebih baik kita senyap daripada kita bercerita dekat orang luar tentang rumah tangga.
Terdahulu, Abang Tesla mengumumkan sudah bernikah sekali lagi dengan wanita bernama Nursyafiqa pada Ogos 2023.
Sumber: Instagram Abang Tesla