Pelakon terkenal Jasmin Hamid meluahkan rasa pelik terhadap segelintir pihak yang dilihat mencemuhnya kerana menggunakan kereta model lama jenis Proton Wira.
Artikel Berkaitan: Suami Muda Diperli Macam Ibu & Anak, Jasmin Hamid Mohon Netizen Jangan Biadab
Sekian lama tak ‘berjalan’
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid berkongsi mengenai kereta kesayangannya yang dinamakan sebagai ‘Bobob’.
Dapat dilihat Jasmin menaiki kereta tersebut sambil dipandu oleh suaminya, Nazmir Abdul Rahim dalam keadaan yang penuh ceria sekali.
Menurutnya kereta yang berwarna merah itu kini sudah pun dibaiki setelah sekian lama tidak bergerak semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun yang lalu.
Alhamdulillah my Felari dah bangun dan bawa saya makan cendol selepas beberapa tahun dia ditidurkan sebab PKP. Nama dia ‘Bobob’.
Namun begitu, pelakon berusia 51 tahun itu berasa hairan kerana pernah diperlekeh malah ada juga yang mengatakan dirinya sudah jatuh miskin hanya kerana menggunakan kereta model lama tersebut.
Bila ‘Bobob’ bawa saya jalan, ada segelintir manusia yang pandang senget kat saya, ‘Takkan artis pakai Wira lama? Dah jatuh miskin ke?’
Itulah dialog yang saya dengar walaupun saya buat-buat tak dengar. Kenapa ya? Haram ke pakai Wira lama? Kereta Buruk?
Saya okay ja pakai Wira lama, yang awak pula rasa allergy dah kenapa?
Di akhir hantaran, pelakon drama ‘Sesalan Terakhir’ itu memaklumkan dia begitu gembira menggunakan kereta model lama tersebut kerana ia mempunyai nilai sentimental terhadap dirinya.
Saya bahagia dengan kehidupan dan cara saya. ‘Bobob’ ada sentimental value pada saya. Pada yang banyak cakap tu, nak belikan kereta baru untuk saya ke?
Kalau tak,tutup mulut dan telinga tu rapat-rapat. Tepi sikit, ‘Bobob’ nak lalu ni.
Posting Jasmin Hamid
View this post on Instagram
Sumber: Instagram