Bapa kepada pelakon Zamarul Hisham iaitu Mohamed Bin Mohamad Zain telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Selasa, 30 Mei 2023 (semalam) selepas terjatuh di dalam bilik air.
Bapa Zamarul meninggal dunia
Berita pemergian Allahyarham dikongsikan Zamarul menerusi hantaran di Instagram miliknya. Pelakon berusia 51 tahun ini juga meluahkan rasa sedih dengan pemergian bapa tercinta selain hilangnya teman bicara tempatnya mengadu suka dan duka.
Bak (panggilan bapa) baru dua hari lepas Sham (panggilan Zamarul) balik berbual panjang, ketawa ceria tapi hari ini Bak pergi tinggalkan kami semua. Al fatihah buat Bak, semoga Bak tenang di sana, semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Sementara itu, isteri Zamarul iaitu Diana Rafar menerusi perkongsian di Instagram memberitahu jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Al-Umm dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi (Sg Tangkas), Kajang pada 10:15 pagi ini.
Video
Sumber: Zamarul Hisham, Diana Rafar