berita

[VIDEO] Jatuh Masa Turun Anak Tangga, Aina Abdul Disambut Dua Penari

August 6th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi berbakat besar, Aina Abdul terjatuh sewaktu membuat persembahan di Melaka, pada malam Jumaat.

Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Tudung Macam Rahib, Aina Abdul Respon; ‘Ini Cara Saya Untuk Beri Inspirasi ..’

Rasa kelakar

@ainations Doakan semoga baik baik sahaja. We love you ? #ainaabdul #fyp #magicofthenight2022 ? original sound – Ainations

Bercerita lanjut menerusi hantaran di Instagram (IG), Aina, 29, akui tertawa setiap kali teringat insiden itu.

Kata pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani, kejadian itu bukan perkara yang membanggakan namun dia bersyukur semuanya berjalan seperti biasa.

Walaupun pengalaman jatuh di atas pentas itu bukan satu hal yang boleh dibanggakan tetapi itu satu perkara yang buat Aina tergelak.

Perkara itu kelakar apabila diingatkan semula tetapi saya ketawa bukan kerana malu. Alhamdulillah berjalan lancar semalam di hari pertama Magic of The Night, Sungai Melaka.

Terima kasih sambut dengan cepat

Dalam pada itu, pelantun lagu Semalam menghargai bantuan pantas daripada dua penari yang membantunya selepas gagal mengimbangkan diri ketika menuruni beberapa anak tangga.

Terima kasih kepada penari yang sambut Aina dengan cepat! Kalau tak, memang Aina akan teruskan nyanyian sambil duduk atau tidak memakai kasut.

Sumber: TikTok @ainations & Instagram @ainaabdul

SKIP THIS AD ×