Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumah tangga yang dibina. Bagi mengekalkan kemanisan tersebut, sikap toleransi dan persefahaman perlulah dipupuk agar kebahagiaan di dalam sesebuah rumah tangga terjamin.
Menerusi Twitter Maly, lelaki ini berkongsi video mengenai keserasian ibu dan ayahnya ketika bermain permainan ‘kenal atau tidak’. Ternyata, jawapan yang diberikan oleh ibu dan ayahnya adalah sama semuanya! Sejauh manakah korang mengenali pasangan korang?
25 years of married
Okay yang tanya mana ibu aku, ini laa dia. nasib adik aku ada record. Hahaha tapi nampaklaa ibu lagi confident bila angkat signage compare to ayah ? pic.twitter.com/1cz7DA8SO4
— ? (@malyyyyyyy_) October 13, 2019
Menerusi video berdurasi 0:52 saat, pasangan tersebut perlu memberi respon terhadap kesemua soalan yang diberikan dengan mengangkat papan tanda yang mewakili diri mereka dan pasangan. Papan tanda warna hijau mewakili si suami manakala warna merah jambu mewakili si isteri.
Seandainya pasangan tersebut mengangkat papan tanda yang sama, mereka dikira sebagai pasangan serasi. Melalui video tersebut juga, pasangan ini berjaya menjawab kesemua soalan dengan serasi. Antara soalan yang ditanya kepada pasangan tersebut ialah siapa di antara mereka paling penyabar, siapa yang memikat siapa sewaktu bercinta, siapa paling sporting dan siapa paling cerewet.
Reaksi netizen
Rata -rata netizen memuji sikap keserasian pasangan ini. Menurut mereka, pasangan tersebut sehati sejiwa dan saling memahami antara satu sama lain. Netizen turut menjadikan pasangan ini sebagai contoh.
Sumber: Maly