![[VIDEO] Jazmy Juma Setuju Drama Televisyen Medium Asah Mutu Lakonan – ‘Dapat Ilmu Daripada Pelakon Lain’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/jazmy-juma-dua.jpg)
Pelakon Jazmy Juma bersetuju dengan pandangan rakan seperjuangannya, Zul Ariffin, bahawa penglibatan dalam drama televisyen merupakan salah satu medium untuk mengasah dan meningkatkan mutu lakonan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Keguguran, Jazmy Juma Mohon Doa Untuk Keluarga Kecil
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jazmy Juma Tak Pernah Bawa Isteri Ke Tempat Kerja – ‘Paling Penting Adalah Kepercayaan’
Setuju

Ketika ditemui OhBulan!, Jazmy atau nama lengkapnya Jazmy Khan Juma Khan, 28, berkata tempoh penggambaran yang panjang sedikit sebanyak memberi ruang untuk melatih diri, selain mempelajari ilmu daripada pelakon senior.
Betul apa yang dikatakan oleh Zul Ariffin, drama adalah tempat kita (pelakon) kenal diri, melatih dan pada masa yang sama kita tahu itu adalah tanggungjawab dan perlu bagi yang terbaik.
Dalam masa kita memberikan yang terbaik, kita dapat ilmu daripada pelakon lain. Kita akan bekerja dengan ramai orang terutamanya dengan pelakon senior. Jadi banyak ilmu yang kita akan dapat.
Jazmy berkata demikian ketika ditemui di Balai Berita, Bangsar baru-baru ini.
Ketika ditanya mengenai pelakon baharu yang kerap memilih filem berbanding drama, Jazmy menyifatkan perkara itu sebagai pilihan haluan rezeki masing-masing.
Saya rasa rezeki orang lain-lain. Kalau dia pilih untuk mencipta identiti seperti mahu menjadi pelakon filem sahaja, tak salah untuk dia.
Hidup adalah pilihan. Pada pendapat saya, tidak kisah kalau dia memilih untuk ke filem atau drama asalkan dapat menimba ilmu.
Terdahulu, Zul Ariffin menyifatkan penglibatan dalam drama televisyen menjadi medium penting untuk pelakon mengasah bakat khususnya mereka yang baru memulakan kerjaya.








