berita

[VIDEO] Jebat Jayden Nak Pergi Jepun Main Salji Dengan Nabila & Sharnaaz

September 28th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Jebat Jayden

Telatah dan gelagat anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dengan bekas isteri, Noor Nabila iaitu Jebat Jayden sering mencuit hati wargamaya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharnaaz Ahmad Percaya Mommy Jebat Kuat, Mampu Hadap Dugaan Bercerai

Artikel Berkaitan: Noor Nabila, Engku Emran Cerai Talak Satu

Pergi Jepun bertiga

Jebat Jayden

Terbaharu, menerusi perkongsian di TikTok milik rakan kepada Nabila yang dikenali sebagai Rosix Omar, Jebat berkata dia mahu bercuti ke Jepun pada hujung tahun ini.

Seloroh kanak-kanak berusia lima tahun itu, dia mahu pergi ke negara matahari terbit tersebut bersama ibu dan bapanya sahaja.

Baby (Jebat) nak pergi Jepun. Main snow (salji). Tiga orang, baby, mama (Nabila) dengan baba (Sharnaaz). Itu sahaja.

Dalam video sama, Rosix turut berkongsi telatah Jebat yang suka bercakap menggunakan loghat Sabah.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas berasa terhibur dan memuji kepintaran Jebat.

Untuk info, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya lelaki, Jebat Jayden, 5.

Nabila kemudian mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan usahawan, Engku Emran  pada 19 Mac 2021. Usia perkahwinan mereka hanya kekal selama dua tahun apabila disahkan bercerai pada 26 September lalu. Mereka bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.

Video

@rosixomar25 #rosixomar #jebatjayden ? original sound – Rosixomar

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×