![[VIDEO] Jefri Nichol Kumpul Duit Untuk Kahwin, Sifatkan Ameera Sebagai ‘Wife Material’](https://media.ohbulan.com/2025/05/JEFRO.jpg)

Pelakon Indonesia Jefri Nichol menyifatkan dirinya seorang lelaki yang beruntung kerana memiliki kekasih seperti Ameera Khan yang memiliki ciri-ciri seorang isteri.
Artikel Berkaitan: Jefri Nichol Tampil Pertahan Ameera Khan, Balas Komen Negatif Netizen
Artikel Berkaitan: Jefri Nichol Buat Kejutan, Terbang Ke Kuala Lumpur Demi Pujuk Ameera Khan?
Wife material
@ameerakhan_ #part1 oke password nya wifey and husband material cailaa kecintaan banget bang @Jefri Nichol ?? #ameerakhan #jefrinichol #littlemisskhan #lmk #fyp?? #fyp #viralvideo #viraltiktok #fypdong #fyppppppppppppppppppppppp #indonesia ? suara asli – Littlemisskhan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Jefri akui memasang niat untuk mengahwini Ameera.
Tambahnya, dia sedang memastikan aliran kewangan stabil sebelum memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.
Kami sudah bersama sejak Januari.
Saya ingin mengahwini Ameera. Dia mempunyai ciri-ciri seorang isteri.
Cuma sekarang menunggu duit.
Kalau seseorang itu betul-betul jaga perasaan kita, pada saya sudah mencukupi.
Selain itu, Jefri turut mengagumi Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK), yang prihatin terhadap keadaan keluarganya.
Apa tah lagi kalau dia sering ambil berat tentang kerja dan keluarga saya.
Sekadar info, hubungan Jefri dan Ameera kembali bertaut pada penghujung Mac tahun lalu.
Kini, kedua-duanya dilihat semakin terbuka berkongsi kemesraan di media sosial setelah mengakui serius menjalani hubungan istimewa.
Sumber: TikTok @Littlemisskhan






![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)

