Satu video tular seorang jemaah dewasa yang bertindak kasar menolak dan memarahi sekumpulan kanak-kanak yang berada di saf belakang sebuah masjid telah mengundang rasa tidak puas hati netizen.
Terus tak ‘join’ solat jemaah
Menerusi satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di sebuah masjid, dilihat seorang lelaki dewasa yang datang melulu dari arah saf depan dan menolak kumpulan kanak-kanak tersebut sehingga ada daripada mereka yang jatuh terduduk.
Kemudian, mereka dilihat dimarahi lelaki dewasa berkenaan hingga ada daripada mereka yang meninggalkan saf dan tidak mengikuti solat berjemaah.
Video tersebut tular di serata media sosial dan difahamkan lelaki tersebut berkemungkinan bertindak sedemikian kerana sikap kanak-kanak yang mungkin membuat bising di masjid itu.
Namun, warganet yang melihat video tersebut tidak bersetuju akan tindakan lelaki itu memandangkan ianya satu perkara biasa kerana mereka baru mahu mengenal erti solat secara berjemaah.
Video
Sumber: Cari Dot My