Jenazah Allayarham Bad Indigo, 48, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara pada jam 3:05 petang tadi.
Rakan artis hadir
Selain ahli keluarga dan sanak-saudara, acara pengebumian itu turut dihadiri beberapa rakan selebriti serta peminat.
Antara selebriti yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir ialah Zam dan Shah dari kumpulan Indigo serta beberapa lain lagi.
Terdahulu, jenazah telah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Tun Abdul Aziz Seksyen 14, Petaling Jaya.
Malam tadi, Allahyarham Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah dilaporkan meninggal dunia di tempat kerjanya di Ampang kira-kira jam 7 malam.
Berita awal pemergian arwah dikongsikan penyanyi Liza Hanim menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.
Sekadar info, Bad bergelar bapa tunggal sejak 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Rayyan, 14, dan Rania, 13.
Video
@ohbulanofficial Replying to @Aanies Al-Fatihah buat arwah Bad Indigo. Moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman ?? #ohbulan #sembangentertainment #arwah #badindigo #dikebumikan