Perbuatan khurafat seperti mengamalkan sihir dan ilmu hitam adalah salah satu perkara yang dimurkai oleh Allah S.W.T. Lebih-lebih lagi jika pengamalnya menggunakan ilmu tersebut semata-mata untuk menganiaya orang lain kerana dendam dan perasaan hasad dengki.
Seperti perkongsian di Facebook, Ustazah Nazirah Abd Rahim menceritakan pengalamannya merawat pesakit yang terkena sihir angkara perbuatan rakan baik sendiri.
‘Kena sihir kawan jadian’
Sekadar gambar hiasan
Ustazah pesan sangat, kena sihir ain kawan baik jadian. Berhati hatilah. Kes pesakit ustazah. Seorang pensyarah kanan universiti awam. Hati hati, kawan baik jadian satu tempat kerja. Besar ujian fitnah harini. Ustazah jumpa ramai yang sakit. Perlukan rawatan. Doa selalu kita dekat dengan Al Quran. Moga Allah lorongkan kita cari penawar Al Quran apa jua masalah hidup.
Kisah bermula Masalah Anaknya 2 tahun dah mula nampak masalah. Hakikatnya anaknya kena sihir sejak dalam kandungan. Dengan izin Allah jua. Anaknya. Tak dengar kata, tak duduk diam, suka jerit..jerit, tak ada respon, tak ada eye contact, tak pandai bermain, tak ada komunikasi dan sosial. Sampailah 3 tahun, makin menjadi jadi masalah anaknya.
Tak boleh bercakap, tak ada perkataan, mengamuk ngamuk, teruk. Sampilah jumpa ustazah di tadika ustazah. Ustazah kesian sangat sebab kakaknya anak murid ustazah. Sangat bijak dan baik budaknya. Ibu bapanya baik dan ustazah dah nampak petanda awal “masalah gangguan pada anak dan ibu bapa”.
Rawatan anak
Namun, tak semudah yang disangka. Ustazah tak boleh sesuka hati beritahu. Ustazah perawat kami amanah dengan ilmu dan amalan perawat. Ustazah hanya berdoa Allah gerakkan hati mereka hadir seminar terapi Al Quran dan buat rawatan. Selang dua tahun ibunya datang seminar Terapi Al Quran. Allah perkenan doa ustazah. Syukur.
Allahuakbar. Masa ini anak lelakinya sangat teruk dah. Sesi rawatan bermula rawat anak sahaja. Tantrum tak boleh nak tanggung sangat teruk. Rawat anak selama 10 sesi. Macam macam ada. Diiizinkan Allah lepas itu baru anaknya boleh mula ada eye contact, ada respon, ada emosi nak senyum. Nak main, nak kawan dah pandai. Anak dah mula cakap, subhanallah. Penawar Al Quran sahaja. Puan A adalah seorang pensyarah kanan satu universiti berpangkat Doktor.
Konsisten Rawatan Terapi Al Quran dan terus sambung anak ke kelas Terapi Al Quran personal pula. Kemudian ustazah dapat detect “ada sesuatu tak kena pada ibu dan ayah”. Ustazah minta mereka buat rawatan. Bermulalah petunjuk Allah. Muntah dan muntah ketika rawatan. Sesi ke -14 rawatan, baru Allah izin jin bercakap merayu rayu minta lepaskan dia. Allahuakbar.
‘Kenali rupa sebenar kawan baik’
Jaga jaga, kawan baik kenali rupa sebenar kawan baik. Kawan baik, nak solat bersama, baca Al Quran bersama, nak usrah bersama, nak pergi kuliah bersama. Yang ni betul kawan baik. Jika bukan asbab amalan-amalan islam itu, usah terlalu percaya. Tangisan simpati ke, makanan yang sering diberi kena berhati hati. Berjaga jaga.
Ain dengki, sihir bukan setahun, bukan 3 tahun. Lepas 5 tahun selalunya baru boleh detect. Itu pun jika berkawan dengan orang soleh. Jika terus lalai lagi makin sukar dikesan. Berjaga jagalah. Amalan Membaca Al Quran amalan terbaik membatalkan ain dan sihir. Sesiapa rajin dan banyak membaca Al Quran, Insyallah ia akan membatalkan ain dan sihir. Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah. Mohon lah perlindungan Allah dari ain dengki manusia dan jin dan syaitan.
Hati hati, jangan terlalu ghairan share itu ini. Mak ayah kita dulu dulu. Suka rahsiakan apa saja nikmat anak adik beradik. Mak ayah kita dulu selalu pesan “tak payah bising-bising, anak masuk U pun senyap-senyap’. Takut supanya dengki manusia. Kita harini semua nak tunjuk di FB. Sebarkan Sampaikan pesan, kesan sihir. Sungguh dasyat. Usah seronok sangat berkata “alah…tak ada apalah’.
Sumber: Ustazah Nazirah Abd Rahim