Pelawak dan pelakon, Joey Daud meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang lebih mengutamakan pengikut di media sosial berbanding bakat anak seni.
Artikel Berkaitan:[VIDEO] Naqiu Dedah 4 Kali Pujuk Joey Daud Sertai FD4 – ‘Bila Mereka Panggil Dia Sebagai Pelawak Saya Terluka, Sebab Dia Penyanyi Yang Bagus’
Artikel Berkaitan: Teka-Teki Akhirnya Terjawab, Naqiu Bergandingan Dengan Joey Daud Di FD4
Joey kecewa
Menerusi podcast Bocey Comeback, Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud mendedahkan dia ada menerima tawaran untuk sebuah program namun berikutan pengikut di media sosialnya tidak ramai, akhirnya dia tidak dapat melibatkan diri.
Aku menerima satu benda yang..sehinggakan aku kata dekat anak dan isteri aku, mungkin masa aku sudah sampai. Aku nak tinggalkan industri.
Sebab ada satu projek ni, ia lebih pentingkan follower daripada bakat sedangkan sudah mesyuarat hampir dua minggu.
Bila tengok aku punya followers..kita tahulah kita siapa. Tak semua orang suka kita, followers tak ramai. Jadi dia kata tak boleh sebab Joey followers tak ramai.
Gusar dengan keadaan tersebut, Joey pernah terfikir untuk meninggalkan industri hiburan.
Aku cakap dengan anak bini aku macam mana nak betulkan benda ni. Aku sayang industri, aku risaukan legasi dengan anak-anak kita, berbakat tapi tak ada followers susah.
Aku cakap kalau aku tinggalkan industri ini, adakah boleh membantu..membantu orang berbakat tapi jawapannya aku tak terima.
Jadi, jawapannya hanya berdoa sahaja.
Ceburi pelbagai bidang seni
Justeru itu, pelawak berusia 51 tahun ini menceburkan diri di dalam pelbagai cabang bidang seni sebagai pengubat hatinya yang terluka.
Aku masih memikirkan sama ada aku akan tinggalkan industri ataupun…sebab tu aku banyak cabang.
Aku mula melukis, aku mula berfesyen supaya aku tidak memikirkan benda yang aku suka iaitu melawak, menghiburkan orang.
Itu cara aku terapi diri sebenarnya, kalau ikutkan aku koyak. Aku tak nak orang lain terkena macam aku, lebihkan followers daripada bakat.
Walau bagaimanapun, pelakon filem Gadis Jolobu The Movie Ini tetap akan menjadi penghibur andai masih ada yang menghargai bakatnya.
Terima kasihlah. Ada suka duka tentang Joey Daud dalam industri. Kalau sudah tak suka, tak mengapa aku rela undur diri.
Kalau suka aku sendiri berjanji sampai kiamat aku akan terus menghiburkan.
Sumber: Podcast Bocey Comeback