Kontroversi yang melibatkan usahawan dan pempengaruh Jofliam, dilihat masih lagi hangat diperkatakan warganet hingga ke hari ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Awak Tak Ada Maruah Ke?’ – Jofliam Tegur Cik Epal Suruh Hormat Tempoh Iddah, Sepatutnya Taat & Muhasabah Diri
Artikel Berkaitan: Jofliam Enggan Dedah Punca Perceraian, Tak Nak Buka Aib Sesiapa – ‘Saya Ada Maruah, Terima Kasih Kepada Yang Fitnah Saya’
Penjelasan Jofliam
@jofliabubakar Yang tak tahu apa2 sila diam lah.. hentikan fitnah.. Percutian ini hanya saya Han & Yuki. 3 orang!
Susulan dakwaan bercuti bersama pembantu peribadi yang dikenali sebagai Dewi di Bali, Indonesia, Jofliam atau nama lengkapnya Jofli Abu Bakar tampil menafikan perkara tersebut menerusi sebuah hantaran di TikTok.
Yang tak tahu apa-apa sila diam! Hentikan fitnah, percutian ini hanya saya, Han dan Yuki..tiga orang!
Pada hantaran yang sama, usahawan berusia 36 tahun itu turut bertanyakan kepada anak sulungnya Han, adakah dia seorang lelaki yang jahat berikutan tomahan yang diterima bertubi-tubi.
Han, jujurlah. Han suka ke kalau orang cakap buruk tentang papa?
Han, Yuki adalah bukti Papa. Papa ada pergi mana-mana dan tinggal Han seorang diri tak? Papa 24 jam dengan Han.
Sekarang ini, mereka semua cakap papa jahat gila. Han suka ke kalau papa jadi jahat?
Anak lelaki Jofliam kemudian hanya menjawab ringkas pada setiap persoalan yang diajukan dan mengatakan bahawa dia adalah seorang bapa yang baik.
Tak. Papa baik.
Jangan libatkan anak-anak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Jofliam agar tidak melibatkan anak-anaknya di dalam permasalahan yang sedang dihadapinya ketika ini.
Jangan libatkan anak-anak dalam kemelut rumah tangga. Kesian ganggu mental anak. Cukup anak-anak sudah terkesan dengan perpisahan ibu dan bapanya.
Apa pun masalah kita, benda pertama kita kena ingat sebagai ibu bapa yang patut dielak adalah jangan babitkan anak.
Tak sokong mana-mana tapi menggunakan anak sebagai pelindung sangat tak gentle bro. Jangan libatkan emosi anak-anak dalam masalah laki bini.
Sebelum ini, Jofliam memberi teguran kepada bekas isterinya iaitu Cik Epal agar menjaga maruah diri tatkala berada dalam tempoh iddah.
Terdahulu, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.
Cik Epal kemudian menegaskan bekas suaminya, Jofliam tidak pernah berlaku curang sepanjang 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga seperti yang didakwa ramai.
Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Sumber: Jofliam