Penyampai radio Hot FM iaitu Johan mencuri tumpuan sewaktu menjaya misi menjadi penyebut nama graduan ketika Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-52 yang diadakan pada Khamis.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] KJ, Fara Fauzana, Johan & AG Selamat Turun Gunung Kinabalu
Johan serba boleh!
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian Instagram (IG), radio nombor satu negara itu memuat naik video Johan yang sedang menjalankan tugas sebagai ‘announcer’ dengan menyebut nama beberapa graduan yang menerima skrol di atas pentas.
Dapat dilihat, pemilik nama Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz berjaya menjalankan tugas tersebut meskipun hanya beberapa jam berlatih dengan pegawai penyebut nama universiti tersebut.
Ini dia yang dinanti-nantikan, Johan baca nama graduan.
Hebat sangat Johan sampai terjatuh lah mikrofon itu.
Selain Johan, tiga lagi penyampai radio Hot FM iaitu AG Azmeer, Bell Ngasri dan Bidin turut menjayakan misi menjadi penyebut nama graduan di sesi konvokesyen tersebut.
Di ruangan komen, rata-rata netizen terpegun melihat kebolehan Johan dan menyifatkan pelawak berusia 40 tahun itu sebagai serba boleh.
Komen netizen
Sumber: IG Hot FM