Tatkala orang ramai mengkritik nyanyian Nur Fazura tetapi usahawan dan selebriti media sosial iaitu Datuk Seri Aliff Syukri sebaliknya memuji suara aktres tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharnaaz Ahmad Kasihan Fazura Teruk Dikecam – ‘Macam Anak Seni Tiada Maruah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Guru Vokal Beri Pendapat Persembahan ‘Live’ Fazura – ‘Semua Orang Boleh Bernyanyi Tapi Bukan Semua Boleh Jadi Penyanyi’
Aliff Syukri ajak Fazura duet
Menerusi hantaran di Instagram, Aliff latau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman, 37, menyifatkan bekas isteri kepada pelakon Fattah Amin itu mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.
Dalam kesempatan itu, Aliff turut mempelawa Fazura untuk berduet dengannya selain percaya dan yakin bahawa nyanyian mereka berdua pasti akan mendapat sambutan ramai.
Okay, boleh tahanlah suara awak sedap sangat Fazura. Jom kita berduet. Saya rasa kalau awak berduet dengan saya bakat awak lebih terserlah.
Kita akan meletup bersama. Jom Fazura, awak memang sesuai berduet dengan saya. Awak akan terkenal, bukan di Malaysia malah di serata dunia. Jom kita tunjukkan bakat kita bersama-sama.
Bukan itu sahaja, Aliff berpendapat bahawa Fazura memiliki suara yang unik dan merdu selain yakin pelakon filem Pisau Cukur itu boleh dikenali ramai dengan bakat nyanyiannya.
Syabas suara awak (Fazura) unik dan sedap. Bagi saya suara itu adalah universal. Sedap sahaja saya dengar.
InsyaAllah Fazura boleh pergi jauh. Siapa setuju sila komen. Lagu raya tahun ini mungkinkah?
Terdahulu, penampilan Fazura mendendangkan single terbaharunya berjudul Bertahan Demi Cinta di sebuah program bual bicara di Indonesia mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Rata-rata daripada mereka mengkritik selain menasihati aktres itu agar hadir ke kelas vokal untuk memperbaiki nyanyiannya.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Aliff Syukri