Seorang pengguna media sosial berharap aktor Fattah Amin dapat menyelamatkan rumah tangganya bersama isteri, Nur Fazura sebelum prosiding perceraian seterusnya berlangsung pada 7 Oktober ini.
Artikel Berkaitan: Pihak Pengurusan Fazura Bakal Saman Individu Didakwa Sebar Fitnah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peguam Nafi Fazura Fail Cerai Sebab Fattah Curang – ‘Mereka Tiada Persefahaman’
‘Fattah, Fazura baik’
Menerusi hantaran di X, individu tersebut berkata, Fazura bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-41 pada Jumaat dan percaya Fattah tahu apa yang perlu dilakukan untuk memujuk isteri tercinta.
Saya percaya Fattah seorang suami yang baik dan Fazura juga seorang isteri yang baik.
Saya berharap dalam tempoh dua minggu sebelum tiba hari prosiding seterusnya, mereka berdua boleh selesaikan secara baik.
Ulang tahun Fazura pada Jumaat ini (27 September) dan Fatima pada 2 Oktober depan. Awak tahu apa yang sepatutnya awak buat, Fattah.
@ohbulanofficial Replying to @Minji Menerusi hantaran di X, seorang individu berkata, Fazura bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-41 pada Jumaat dan percaya Fattah tahu apa yang perlu dilakukan untuk memujuk isteri tercinta. ?#ohbulan #fyp #news #fattahamin #fazura #birthday ? Cinta Tak Dibalas Cinta – Indah Aqila
Terdahulu, Fattah enggan melafazkan talak kepada Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada Rabu.
Kata Fattah, dia masih menyayangi isterinya biarpun aktres itu nekad dengan pendiriannya minta dilepaskan.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: X