Di TikTok, viral klip video juri Masterchef Australia musim ke-14 menikmati nasi lemak menggunakan tangan.
Pakai tangan lagi sedap
Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok @auntieshopee_ memaparkan peserta kelahiran Kuala Lumpur, Alvin Quah, menghidangkan nasi lemak sebagai hidangan dalam rancangan televisyen pertandingan memasak itu dan seorang juri iaitu Andy Allen memutuskan untuk makan menggunakan tangannya.
Tindakan Andy Allen yang mahu menikmati makanan tersebut menggunakan tangan ternyata meraih pujian netizen terutama masyarakat di Malaysia.
Ujar netizen, nasi lemak sememangnya sesuai dinikmati menggunakan tangan.
Video
@auntieshopee_ Juri pun reti ikut style kita makan “pakai tangan” lagi sedap ?? #fyp #masterchef #masterchefaustralia #masterchefau #foryoupage #fyp? #fypmalaysia #tiktokmalaysia #nasilemak #paratii #viral #foryou #poh #tiktok
Sumber: Auntie Shopee