Semalam, telah berlangsungnya acara Miss Eco International 2021 di Baron Resort Sharm El Sheikh, Egypt. Acara yang diadakan secara gilang gemilang itu dapat disaksikan oleh seluruh dunia secara ‘live’ di media sosial.
Seperti pertandingan ratu cantik yang lain, Miss Eco International juga mempunyai segmen soal jawab bersama juri. Sebagai salah seorang peserta Top 10, Miss Eco Indonesia iaitu Intan Wisni Permatasari berdepan dengan kesukaran apabila jurualih bahasanya dilihat tidak mampu menterjemahkan jawapannya dengan baik.
Topik ‘illegal immigration‘
Menerusi soalan yang diberikan oleh juri kepada Miss Eco Indonesia, dia perlu menjawab mengenai isu pendatang tanpa izin. Namun begitu, Intan dipercayai gugup dan kelihatan sedang berfikir mengenai jawapan yang bakal diberikan. Bukan itu sahaja, jurualih bahasanya juga didakwa tidak bersedia dan sukar untuk menterjemah apa yang dimaksudkan oleh Intan.
Di Twitter, rata-rata netizen terutama warga Indonesia meluahkan rasa gembira kerana Intan berjaya memasuki babak Top 10 meskipun dia tidak mara ke pusingan akhir. Malah, mereka berharap Miss Eco Indonesia yang seterusnya akan lebih bersedia sekiranya mara ke pusingan yang sama selepas ini.
Afrika Selatan juara Miss Eco International
https://www.youtube.com/watch?v=ARqb84SWD70&t=21s
Dalam pusingan akhir acara tersebut lima orang peserta dari Afrika Selatan, Filipina, Amerika Syarikat, Venezuela dan Costa Rica telah berentap antara satu sama lain bagi meraih gelaran Miss Eco International. Ternyata rezeki berpihak kepada Gizzelle Mandy Uys dari Afrika Selatan.
Antara negara lain yang turut serta dalam acara tersebut ialah Belgium, Panama, Thailand, Malaysia, Argentina, Bolivia, India, Japan, Palestin, Germany, Nepal, Canada, Mauritius, Spain dan lain-lain.
Sumber: The Philippine Pageantry