Anak kepada usahawan Datuk Seri Vida iaitu Kacak, tampil mempertahankan ibunya daripada kecaman warganet.
Artikel Berkaitan: Kacak Gembira Niat Mahu Hadiahkan ‘Wheelchair’ Kepada Ustaz Tertunai, Netizen Puji Hasil Didikan DSV Suka Sedekah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Anak Datuk Seri Vida, Tak Bermakna Kena Putih’ – Cik B
Keperitan hidup DSV
@kacak_kingdom Replying to @JaiiiSoxxx semoga kita semua dimurahkan rezeki..jangan lupa bersyukur#kacakworld #datoserivida #masukberandafyp #fyp??viral #pageforyou #cikbhavoc #kacaklife #fypage
? DoaKu UntukMu SAYANG Cover by MEISITA LOMANIA – ???????????
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zaquan, berkongsi kisah kesusahan ibunya sebelum bergelar usahawan berjaya.
Justeru itu, Kacak tidak mahu menyusahkan ibunya malah mahu berusaha sendiri.
Kisah disebalik kesenangan, kemewahan dan kekayaan yang mama miliki.
Siapa tahu kegigihan mama ketika dahulu sebelum mama menjadi sesenang sekarang?
Kacak sebagai anak lelaki, tak nak ambil kesempatan atas kesenangan mama. Kacak pun nak belajar dan usaha sendiri supaya saya tahu macam mana peritnya, susahnya nak mencari rezeki.
Walau bagaimanapun, sebagai seorang ibu, Vida mahu anak-anaknya menikmati kesenangan yang telah dimiliki.
Tapi mama tak izinkan, sebab mama tak nak Kacak dan Cik B lalui semua itu. Mama selalu pesan dekat Kacak setiap apa yang mama miliki sekarang adalah rezeki daripada kami berdua.
Mama cuma nak kami teruskan pelajaran dan mewarisi empayar mama.
Jangan cepat menilai
Dalam masa yang sama, Kacak meluahkan rasa sedih apabila terdapat segelintir warganet yang suka melemparkan kecaman sedangkan ibunya adalah seorang insan yang pemurah.
Saya sedih sangat bila orang menilai mama, cakap mama macam-macam tanpa tahu peritnya kehidupan mama dahulu.
Bagi saya inilah masa mama nak menikmati kebahagiaan atas usaha dia selama bertahun-tahun. Tak mudah untuk semua orang lalui macam mama.
Walaupun mama diberi kemewahan, kekayaan tapi mama tak pernah lupa kepada orang yang dalam kesusahan.
Dia selalu menghulurkan bantuan walaupun dalam diam. Mama selalu pesan, jangan sombong bila kita diberikan kelebihan.
Oleh sebab itu, Kacak berharap agar orang ramai tidak lagi menilai kehidupan mereka dari luaran semata-mata.
Bukan senang untuk senang tapi bila senang orang mengata lupa diri.
Ini semua rezeki masing-masing, Allah bagi rezeki kadang-kadang bukan kami sekeluarga sahaja. Di dalam rezeki yang kami miliki terselit rezeki orang lain.
Terdahulu, Kacak menolak pemberian Vida iaitu tiket penerbangan kelas pertama kerana merasakan ianya adalah satu pembaziran dan mahu merasai kesusahan.
Namun, Kacak tetap menaiki penerbangan tersebut selepas dipujuk oleh ibunya.
Sumber: TikTok Kacak