berita

[VIDEO] Kain Kapan Tak Reput Langsung Selepas 23 Tahun

October 25th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Seorang wanita dikenali sebagai Zuneeka Rashid, menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok, menceritakan keadaan kain kapan Allahyarham abangnya yang masih elok dan meninggal dunia pada 23 tahun yang lepas.

Kain kapan tak reput

Menerusi video pendek dikongsi wanita ini, menceritakan arwah bapanya telah dikebumikan dalam satu liang yang sama di Bagan Dalam, Pulau Pinang bersama arwah abangnya yang meninggal pada 20 Februari 1996.

Wanita ini turut memperincikan keadaan kain kapan arwah abangnya yang masih elok dan tulang arwah sama sekali tidak mereput. Difahamkan, bapa kepada wanita ini meninggal dunia tahun lepas berikutan mengalami kanser usus tahap empat.

Al-Fatihah arwah abah dan abang. Abah kami kebumi 1 liang dengan arwah abang. Kuasa Allah S.W.T. bagi kami tengok kain kapan arwah abang 23 tahun elok ja tak reput apa. Tulang semua ada Al-Fatihah.

Zuhairee 20.2.1996, Abd Rashid 1.7.2020. Terima kasih semua. Kami tanam arwah abah 1 liang dengan arwah abang, sebab kubur abang dah lama 24 tahun.

Mengulas lebih lanjut, wanita ini turut menceritakan sifat peribadi arwah abangya yang begitu menghormati mereka yang lebih berusia daripada umurnya.

Lagi satu amalan arwah, arwah ni baik suka senyum dan hormat kepada orang tua. Allahuakbar rindunya dekat arwah.

Video penuh:

@kakzue_kaklat Alfatihah arwah abah dan abang#fypmalaysia??flytiktokviral ? original sound – HxZzY – M e o w ?

Al-Fatihah

Sumber: Zuneeka Rashid

SKIP THIS AD ×