Usahawan sensasi Liana Rosli sanggup berhabis sehingga RM10,000 untuk belanja pekerjanya makan malam di sebuah restoran, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Kecewa Tyzo Xander Tamat Kontrak – ‘Sedih Gila! Aku Rasa Ada Sesuatu Yang Tak Kena’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Dah Penat Tazkirah Kak KM Isu Baju Seksi – ‘Nasihat Dah, Tegur Dah, Kita Tengok Pengakhirannya Nanti’
‘Apa ada hal’
Menerusi sepotong video di TikTok, Liana atau mesra dengan sapaan Kak KM berkata, dia tidak kisah mengeluarkan sejumlah wang tersebut untuk menggembirakan pekerjanya.
Katanya, dia seronok melihat pekerjanya berkumpul bersama-sama dan menganggap itu sebahagian daripada rezeki mereka.
Kak KM juga sempat berseloroh mengatakan kepada pekerjanya “jangan berak dua minggu weh”.
Dalam video sama, dapat dilihat seramai 10 pekerja Kak KM tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
Malah, anak kepada pelakon senior Normah Damanhuri itu turut memaparkan dua keping resit yang mana apabila digabungkan jumlahnya bernilai RM9,648.85.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas memuji sikap usahawan tersebut sebagai majikan yang tidak berkira dengan pekerja.
Video
@sweetdara.kmbeauty Belanja staff km.. #kmbeauty ? original sound – Saintbaily
Sumber: TikTok