Usahawan sensasi Kak KM meraih perhatian ramai selepas memberi wang perbelanjaan buat mak dan adik-beradiknya yang bakal menunaikan umrah dalam masa yang terdekat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Menangis Anak Bakal Masuk Universiti – ‘Nanti Kalau Faris Lapar Macam Mana?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Kongsi Tips Rumah Tangga – ‘Yang Suami Janganlah Rasa Kau Raja Dalam Rumah’

Beri duit belanja

Menerusi perkongsian di TikTok, pemlik nama Liana Rosli itu berkongsi rezeki dengan memberikan wang perbelanjaan dipercayai sebanyak RM1,000 setiap seorang.

Tidak hanya itu, Kak KM turut menitipkan doa buat adik-beradiknya supaya urusan mereka di bumi Mekah dipermudahkan.

Selamat menjalani ibadah umrah mak, semoga mendapat umrah yang makbur. Saya doakan semoga urusan mak dipermudahkan dan yang paling penting sihat.

Perkongsian video itu tidak dinafikan menarik perhatian netizen yang rata-ratanya terharu melihat sifat murni Kak KM.

Menjengah ke ruangan komen, netizen meninggalkan komen memuji perbuatan Kak KM kerana sering berbakti kepada keluarganya.

‘Sedekah terbaik adalah pada ahli keluarga’

Sumber: TikTok