Usahawan sensasi, Kak KM tidak dapat menyembunyikan rasa geram apabila orang gajinya tidak menerima arahan dengan baik.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Menangis Anak Bakal Masuk Universiti – ‘Nanti Kalau Faris Lapar Macam Mana?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Mohon Henti Kecam Saiful Apek – ‘Kasihan Dia Tidak Biasa’

Lain yang disuruh lain yang dibuat

Menerusi perkongsian video di TikTok, pemilik nama Liana Rosli itu berkata dia meminta untuk orang gajinya menggantungkan baju yang baru dibeli di dalam almari.

Bagaimanapun, tindakan orang gaji yang berusia 70 tahun itu membuatkan dia tergamam.

Event (bulan puasa) tidak berhenti, memang meledak rezeki. Bersyukur. Dekat event tu ada yang jual baju, jadi saya beli untuk berikan sokongan kepada mereka.

Kemudian, lepas balik saya cakap dengan bibik suruh gantung baju-baju saya, gosok ke supaya senang nak pakai.

Esok ada event, jadi saya carilah baju tu dalam almari dan tidak jumpa. Buka je almari, dia gantung plastik dan beg baju itu. Itu malas pakai orang gaji.

Anak kepada pelakon senior Normah Damanhuri turut mengatakan disebabkan itu dia tidak mahu menggunakan khidmat orang gaji.

Menjengah di ruangan komen, sesetengah netizen terhibur dengan gelagat Kak KM dan turut menyatakan perasaan geram terhadap tindakan orang gaji tersebut.

‘Kita pula yang geram’

Sumber: TikTok