![[VIDEO] Kak KM Mohon Henti Kecam Saiful Apek – ‘Kasihan Dia Tidak Biasa’](https://media.ohbulan.com/2025/03/kak-km.jpg)

Usahawan terkenal, Kak KM memohon orang ramai supaya berhenti mengecam pelawak Saiful Apek berkaitan isu pinggangnya dirangkul kerana ia berlaku secara tidak sengaja.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Beli Rumah Untuk Anak-Anak, Harga RM1 Juta Setiap Seorang – ‘Jika Saya Tiada, Saya Tak Mahu Mereka Terbiar’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Beli Hadiah Beg Jenama Mewah Sempena Hari Lahir Teman Lelaki Anak, Netizen Komen – ‘Untung Mak Mentua Bagi’
Anggap adik-beradik

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Liana Rosli itu berkata ketika kejadian itu berlaku suaminya turut berada di hadapannya menyaksikan perkara itu.
Sewaktu kejadian, Apek juga datang jumpa mama (ibu) saya, salam dan cium tangan jadi saya anggap dia seperti abang jadi janganlah kecam dia. Kasihan, dia tidak biasa kena kecam.
Perkara itu berlaku secara spontan. Saya cakap tidak kisahlah kena kecam sebab benda itu sekejap sahaja dan kita macam adik-beradik.
Yang penting, suami saya ada di situ dan nampak kejadian itu memang spontan dan tidak nampak macam dia nak ambil kesempatan pun.
Dalam masa yang sama, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu berkata dia juga selesa dengan Apek walaupun pertama kali berjumpa dengannya.
Masa itu kita sebenarnya nak ambil gambar dan itu kali pertama saya jumpa dia. Saya selesa dengan Apek sebab dia ibarat abang bagi saya.
Dia (Apek) bukan lelaki gatal yang nak ambil kesempatan sebab kalau jumpa lelaki gatal saya akan menjauhkan diri.
Dia pun sudah ada isteri dan anak. Dia juga sudah berhijrah dan tahu batas, saya sangat menghormatinya.
Minat dengan Apek

Bercerita lanjut, Kak KM berkata dia sangat meminati pelawak itu sejak zaman Senario lagi.
Bagi saya, dia seorang yang baik, cakap lemah lembut dan tidak menyakiti hati orang lain serta mempunyai rupa paras yang tampan.
Dia juga beritahu suka menonton video bagaimana saya melayan mama dengan baik menerusi video yang di muat naik di media sosial.
Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan pelawak legenda itu berpelukan dengan Kak KM dalam sebuah majlis baru-baru ini.
Video tersebut mengundang kecaman orang ramai namun Apek dengan pantas melakukan permohonan maaf atas kekhilafannya.








