Isu penyampai radio Suria FM iaitu Tyzo Xander diberhentikan perkhidmatannya telah mendapat perhatian ramai termasuk usahawan sensasi, Kak KM.
Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Atas Penganiayaan Ini’ – Tyzo Xander
Artikel Berkaitan: ‘Siap Unfollow Tyzo, Cuak Sangat Ni..Dasar Fake!’ – DJ Selangor FM
‘Tyzo orangnya baik’
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Kak KM dilihat sedang mendengar Tyzo memberikan ucapan perpisahan kepada pendengarnya.
Terkejut dengan berita tersebut, Kak KM kemudian meluahkan rasa kesal dan mendakwa ada sesuatu yang diselindungkan di sebalik isu tersebut.
Kesian dan sedih gila, ini ada ‘something wrong somewhere’..ada yang tak kena aku rasa.
Walaupun tak kenal rapat dengan Abang Tyzo, tapi dia ini orangnya yang aku tahu pergi kerja balik kerja, orangnya baik, tak banyak mulut dan tak suka cakap pasal orang.
Aku pun turut rasa kecewa dengar dia menangis. Orang hilang pekerjaan! Bayangkan macam mana anak dia nak makan? Kereta dan rumah nak bayar.
Kesal dengan nasib yang menimpa pemenang Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2023 tersebut Kak KM menegaskan dia tidak mahu lagi mendengar stesen radio berkenaan.
Ini adalah masanya, kita tukar siaran radio. Aku dah tak nak dengar radio ni, maaf sangat.
Terdahulu, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin berkata, keputusan itu dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu bagi tahun 2024. Susulan itu, DJ Lin telah dihujani dengan kecaman dan kritikan daripada warganet.
Dalam perkembangan terbaru, terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa kontrak Tyzo tidak disambung berikutan dia meminta kenaikan gaji dan mendapat tawaran di stesen radio lain.
@lianaroslikakkm
Sumber: TikTok