Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM berkongsi rasa gembiranya sewaktu menghadiri majlis konvokesyen anaknya, Nabila Razman di Universiti Malaya pada Ahad.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Perkahwinan Satu Perjudian’ – Kak KM Nasihat Anak Perempuan Jangan Harapkan Duit Lelaki, Berdikari & Cari Pendapatan Sendiri
Tahniah Nabila!
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Kak KM turut berkongsi video sewaktu anak sulungnya itu sedang menerima skrol di atas pentas.
Di ruangan kapsen, ibu kepada empat orang anak ini meluahkan rasa bangga terhadap Nabila selepas anaknya itu berjaya menamatkan pengajian di universiti.
Tahniah anak mama yang bijak pandai, Nabila.
Kebanggaan mama.
Peluk Nabila
View this post on Instagram
Dalam pada itu, anak kepada pelakon Normah Damanhuri ini turut berkongsi video dirinya memeluk dan mengangkat Nabila di hadapan dewan majlis konvokesyen diadakan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat Nabila atas kejayaan yang diperolehnya itu.
Komen netizen
Sumber: IG Kak KM