Usahawan terkenal, Kak KM menegaskan untuk individu yang menghidap masalah anxiety untuk tidak berseorangan dan sentiasa bersama orang yang tersayang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Dedah Pernah Ditawar Bekerja Dengan ‘B*pa Ayam’ – ‘Dia Pakai Kopiah, Aku Ingat Dia Orang Baik’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Berhabis Lebih RM17k Belanja Makan Buat Netizen Terkejut – ‘Caj Perkhidmatan Je Sama Dengan Sebulan Gaji Basic’
Masalah ‘anxiety’
@sweetdara_kakkm_original #kmbeauty ##kakkmbukanbiasa2 #sweetdara #lianarosli?? ? original sound – Sweetdara_kakkm_original
Menerusi potongan klip dari siaran langsung TikTok, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli menyatakan ibu bapa adalah orang yang tidak akan mengkhianti anak-anak.
Ujarnya, penawar terbaik bagi anxiety adalah berada disamping ibu.
Kau kena duduk dengan orang yang sayang kita.
Jangan duduk dengan kekasih, kita kena selalu duduk dengan mak kita.
Minta dia belai kita, keluar sama-sama dengan mak.
Lepastu kau cari benda yang kau suka makan.
Berkongsi lebih lanjut, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu titip pesanan agar tidak mempercayai orang luar dalam berkongsi masalah yang dihadapi.
Betul cakap Kak KM
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pesanan yang diberikan oleh Kak KM sekaligus memuji sikap positif yang dimilikinya.
Sumber: TikTok sweetdara_kakkm_original