Usahawan dan personaliti media sosial, Kak KM memberi kejutan dengan membawa insan yang bertakhta di hati anak gadisnya itu ke sambutan ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.
‘Aku tak suka pun dia berbaik balik..’
@dmnbitch3sspart 1 bella & rizz? original sound – >
Kak KM atau nama lengkapnya Liana Rosli memberitahu bahawa Nabila dan Riz (teman lelaki) sebelum ini telah berpisah dan kini mereka kembali bersama sebagai pasangan bercinta.
Sebagai seorang ibu yang tahu anak perempuannya masih menyayangi lelaki tersebut, Kak KM membuat kejutan membawa Riz ke hari bahagia itu.
Aku ingat nak sambut hari jadi Nabila dan Cinta (anak bongsu) di Jepun tapi tiket semua habis. Lepas tu, aku ajak diorang makan malam, sambut hari jadi.
Terus terang, aku tak suka pun dia berbaik balik dengan Riz sebab bagi aku, kalau dah putus tak perlu nak berbaik semula. Aku tak suka dah ludah jilat balik. Bila gaduh, mak bapa semua masuk campur.
Diorang pernah putus tapi aku tak nak beritahu apa puncanya sebab itu masalah mereka. Aku tak salahkan lelaki tu (Riz) atau Nabila, tapi mereka kena bertanggungjawab atas hubungan masing-masing. Sampai satu ketika, mereka berbaik.
‘Masa gaduh, aku benci sebab sampai mak bapa WhatsApp’
@dmnbitch3ss Replying to @nralyh.__ ? original sound – >
Bercerita dengan lebih lanjut, Kak KM mengakui kurang senang dengan perhubungan yang terjalin antara Nabila dan Riz kerana perpisahan mereka sebelum ini tidak berakhir dengan baik malah telah melibatkan perselisihan faham antara keluarga kedua-dua belah pihak.
Masa gaduh tu, aku benci sebab sampai mak bapa WhatsApp. Aku tak suka benda tu sebab diorang ni belum kahwin pun. Anak-anak punya hal, mak bapa dia WhatsApp Kak KM dan suami.
Sebab aku tahu banyak benda, tapi mereka rasa terhutang budi. Aku ikhlas, apa yang aku bagi dekat Riz aku tak pernah ungkit. Bila bapa dia nak bayar itu ini, tapi tak terbayar sebenarnya sebab benda dah jadi darah daging.
Aku tak ada masalah sebab bukan aku yang bermasalah. Bila dah berbaik, macam mana Riz nak hadap aku. Aku tanya Nabila benda tu.
Sehinggalah pada hari graduasi Nabila baru-baru ini, Kak KM akui hatinya tersentuh tatkala selepas ibu bapa Riz datang berjumpa dengannya dan suami. Sejak itu, hubungan mereka kembali baik.
Ibu bapa Riz datang jumpa Kak KM. Benda tu buat saya tersentuh, banyak benda yang kita dah hadap, jumpa di kenduri lepas tu gaduh.
Mengenang kembali fasa di mana anak perempuannya itu putus cinta, Kak KM akui tidak sanggup melihat keadaan Nabila yang menderita dan menangis hampir setiap hari terkenang lelaki itu.
Macam Nabila putus dulu, aku tengok dia frust teruk. Bila anak frust, dia bawa jiwa aku sama. Aku tengok kesengsaraan dia, menangis tiap hari, sekali dengan aku menangis.
Video
@dmnbitch3ss Replying to @nralyh.__ ? original sound – >
@dmnbitch3ss Replying to @nurrynamin ? original sound – >
Sumber: TikTok