Bagai pinang dibelah dua, itulah perumpamaan yang boleh digambarkan kepada pasangan pengantin baru, Bella Dally dan suami. Mereka yang selamat melangsungkan perkahwinan Ahad lalu bernikah selepas kira-kira lima bulan berkenalan.
Di Instagram, pelakon yang berasal dari Sabah ini kongsi detik manis berjumpa dengan suami. Sweetnya! Bersemut-semut!
Kisah cinta kita
View this post on Instagram
Our Love Story In A Nutshell..
Who knew the assistant director I’ve worked with before way back when I first entered the acting industry (10 years ago) is actually my husband’s sister, @sis_515 Funny how life works. Thank you for the speech sis! Eh I mean kak Long
Semasa ucapan di majlis resepsi, kakak sulung suami mendedahkan detik perkenalan adiknya, Arif bersama Bella Dally. Menurutnya, Arif ada beberapa kali meminta pertolongan untuk berkenalan dengan artis di bawah pengurusannya. Namun, permintaan itu tidak dilayan sehinggalah Arif menunjukkan minat kepada Bella.
Kak Long menjawab ringkas, ‘good’ kerana memilih Bella. Tambah Kak Long lagi, Bella yang dia kenali seorang yang sangat baik dan menghormati orang tua. Jika betul serius, Kak Long menasihati Arif supaya segera ‘ambil’, jaga dan sayang Bella.
Sweetnya!
Sumber : Bella Dally