Umum mengetahui, Raja Gelek Malaysia, Datuk M. Daud Kilau mengambil keputusan untuk tidak lagi membuat persembahan pentas kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Artikel berkaitan: Datuk M. Daud Kilau Dimasukkan Ke Hospital
Masih sedap suaranya
Di Tiktok, viral mengenai keadaan terkini penyanyi lagu malar segar, Sirih Pinang dan Cek Mek Molek itu. Menerusi perkongsian Linda Zakaria, M.Daud Kilau kelihatan semakin kurus dan terpaksa duduk di atas kerusi roda untuk bergerak.
Meskipun tidak aktif seperti dahulu, M. Daud Kilau masih boleh menyanyikan lagu ‘Cek Mek Molek’ dengan baik. Menurut netizen, suara penyanyi itu sama seperti dahulu.
Ekslusif suara lagenda Datuk M. Daud Kilau menyanyi lagu Cek Mek Molek, masih sedap suaranya.
Video
@lindazakariaa Exclusive suara lagenda Datuk M. Daud Kilau menyanyi lagu Cek Mek Molek. Masih sedap suara nya. #Love #Perak #Lagenda #mdaudkilau #buatbaikallahsayang?
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa rindu mereka terhadap M.Daud Kilau. Mereka berdoa agar penyanyi tersebut kembali sihat dan aktif menyanyi.
Sumber: Linda Zakaria