Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa simpati dan tumpang bersedih dengan berita perceraian melibatkan beberapa pasangan selebriti popular tanah air.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Dapat Hadiah Kereta Ferrari Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-17
Artikel Berkaitan:Iqbal Zulkefli Saran Melati Tak Saman Aliff Syukri, Imbau Kisah Lama Dengan Vida – ‘Selagi Boleh Jaga Hubungan Baik, Sabarlah’
Saya faham apa mereka rasa
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Aliff percaya setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga tidak mahu hubungan mereka berakhir dengan perceraian.
Tambah Aliff, sekiranya perkara tersebut berlaku, mereka pasti sudah berfikir masak-masak untuk mengambil keputusan tersebut.
Bila saya tengok orang bercerai saya faham apa yang mereka rasa.
Bukan senang menghadapi perceraian dan saya selalu mendoakan mereka.
Saya tak boleh tengok orang bercerai, saya rasa sedih kerana saya yakin tiada seorang pun yang berkahwin mahu bercerai melainkan ia adalah jalan terakhir.
Saya sendiri pun bila bergaduh dengan isteri, ramai yang tanya apa tips bertahan.
Saya kahwin hanya sekali sahaja, mak ayah saya bercerai. Jadi bila berkahwin saya tak ada pasang niat atau sebut perkataan bercerai.
Video
@ohbulanofficial Semoga kekal berpanjangan. Jodoh pertemuan dan perpisahan dah ditentukan olehNya ??? #ohbulan #fyp #news #aliffsyukri #sayang #akan #isterinya
Aliff yang ditemui pada Majlis Hi Tea Anthon’s Leather di One World Hotel, hari ini, turut memberi nasihat kepada golongan isteri agar berbaik dengan suami masing-masing demi mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Saya nak nasihatkan para isteri semua, berbaiklah dengan suami anda. Rujuklah dengan mereka sebab saya dan isteri sendiri pernah hampir bercerai.
Tapi saya nak ucapkan terima kasih pada isteri kerana selama 18 tahun berkahwin, Alhamdulillah walau berdepan dugaan dia sabar.
Tetapi andai katalah isteri saya tiada, saya mungkin tak akan berkahwin lagi.
Sekadar info, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Datin Nur Shahida Mohd Rashid pada 2007.
Pasangan itu dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah, Luqman Al Hakim selain turut menjaga seorang anak angkat.