berita

[VIDEO] ‘Kalau Kau Rasa Kau Ada Telur, You Come Forward…’ – Azwan Ali Jawab Isu Naim Daniel

February 12th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Kemenangan penyanyi yang namanya baru melonjak naik, Naim Daniel dalam pentas akhir Anugerah Juara Lagu 34 mengejutkan ramai ramai termasuklah artis kontroversi, Azwan Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Diva AA. Azwan Ali telah mencetuskan satu provokasi di laman Twitter miliknya yang seakan-akan ‘mempersoalkan’ kejuaraan yang dirangkul penyanyi muda ini.

Terbaru, menerusi satu sidang media, Azwan Ali mengambil kesempatan untuk menjelaskan perkara sebenar berhubung dengan satu kenyataan yang ditulisnya di laman Twitter.

Saya tak kenal Naim Daniel

https://www.youtube.com/watch?v=Idlu419oHzc

Menerusi satu video yang dimuatnaik di Youtube MD Tv, Azwan Ali memberitahu dia langsung tidak berniat untuk mencetuskan provokasi sebaliknya dia mengakui bahawa dia sama sekali tidak mengenali seorang insan yang bernama Naim Daniel. Tambahnya lagi, kenyataan yang ditulis di laman Twitternya mengenai kemenangan peserta di AJL adalah secara umum tetapi lain pula yang jadinya apabila ramai yang menganggap dia seolah-olah telah menghina serta mencaci Naim Daniel.

Saya tak kenal Naim Daniel, saya bukan benci dia tapi saya tidak kenal. Sebab artis terlalu ramai.

Sementara itu, dia juga turut memuji sikap penyayi muda ini yang dikatakan sangat menghormati orang tua. Menceritakan kisah itu, Azwan Ali memberitahu sebaik sahaja selepas memuatnaik kenyataan ‘provokasi’ itu, Naim Daniel dikatakan telah membalas tweet tersebut dengan mempertahankan dirinya sebagai pemenang dan langsung tidak bersikap kurang ajar. Dalam pada itu, dia juga turut memberi ‘amaran’ kepada peminat fanatik Naim Daniel supaya diam dan tidak menyumpah seranah terhadap dirinya itu sebelum peguamnnya mengambil tindakan lanjut.

Kalau kau rasa kau ada telur, you come forward at this pc. Kalau Naim Daniel boleh bertweet dengan aku dengan nada menegakkan dia sebagai pemenang tapi at the same this he was a bit tidak kurang tapi kenapa kau mesti kurang ajar dengan aku.

Uncle Azwan boleh dengar ‘Sembah’

https://www.instagram.com/p/B8bGctRBqlG/

Sementara itu, Naim Daniel turut memuatnaik video tersebut di laman Instagram miliknya dengan mengucapkan terima kasih kepada Azwan Ali kerana telah memberi pencerahan mengenai isu tersebut. Dalam pada itu, Naim Daniel juga memberitahu sekiranya Azwan Ali tidak berminat dengan lagu ‘Sumpah’ maka dia boleh ‘cuba’ mendegar lagu bertajuk ‘Sembah’. Difahamkan, lagu ‘Sembah’ baru sahaja dilancarkan pada 11 Februari 2020 yang lalu.

Harap uncle boleh dengar dan terima, InsyaAllah. Moga yang baik-baik untuk Uncle Azwan.

Sumber: MD Tv, Naim Daniel

SKIP THIS AD ×