Adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan kakaknya sudah berbaik dengan suami, Aliff Aziz.
Artikel Berkaitan: Prosiding Mendengar Keputusan Laporan JKP Aliff Aziz & Bella Astillah Ditangguh 13 Jun
Artikel Berkaitan: Didakwa Sudah Berbaik Dengan Aliff Aziz, Ini Jawapan Bella Astillah
‘Bella dan dia tidak berbaik’
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazilah Awang Astillah menegaskan bahawa kakaknya, Bella Astillah masih nekad untuk meneruskan perceraian.
Bella dan dia tidak berbaik, bila masa mereka berbaik? Berhubung pun tidak. Nak berbaik macam mana? Berita ini sahih okay.
Dalam pada itu, Didi akui geram dengan tindakan segelintir netizen yang mengutuk serta mengecam Bella selepas membaca artikel yang dikeluarkan oleh beberapa portal hiburan.
Kakak saya tak ada keluarkan apa-apa kenyataan yang beritahu mereka sudah berbaik. Saya pun nak mengamuk bila nampak artikel itu kata berbaik, suka hati saja.
Kalau berbaik, saya orang pertama mengamuk dengan kakak saya. Saya akan jadi wakil netizen, jangan risau.
Tambah Didi lagi, dia sendiri tidak pasti bagaimana berita palsu tersebut boleh tersebar selain percaya mungkin ada pihak yang sengaja berbuat demikian.
Sebelum ini, timbul khabar angin kononnya Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, sudah berbaik dengan Aliff.
Bella kemudian tampil menafikan dakwaan tersebut selain meminta agar tidak ada pihak yang memutar belit kenyataannya.
Video
@ohbulanofficial Adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan kakaknya sudah berbaik dengan suami, Aliff Aziz ?? #ohbulan #sembangentertainment #didiastillah #nafi #bellaastillah #berbaik #dengan #aliffaziz ? original sound – OHBULAN!
Sumber: TikTok Didi Astillah