![[VIDEO] ‘Kalau Rancangan Itu Start 9.00 Malam, Jam 8.30 Dah Ada Belakang Pentas’ – AC Mizal](https://asset.ohbulan.com/2026/06/ac-mizal.jpg)
Pelakon, penyanyi dan pengacara Datuk AC Mizal mengakui bahawa sejak dahulu dia menitikberatkan disiplin serta persiapan awal sebelum setiap persembahan di televisyen.
Artikel Berkaitan: AC Mizal Puji Pengkarya Hasilkan Muzik Ikut Peredaran Zaman – ‘Nak Tarik Generasi Muda’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] AC Mizal Dedah Anak Perempuan Pernah Jadi Mangsa Buli – ‘Sampai Kena Tukar Sekolah’
Ada pegangan disiplin
Menerusi potongan klip podcast Too Pretty To Handle di TikTok, AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini berkongsi bahawa jika sesebuah rancangan itu bermula pada pukul 9 malam, dia sudah berada di belakang pentas seawal jam 8.30 malam, dalam keadaan bersedia.
Contoh macam kalau saya ada show seperti Maharaja Lawak Mega, kalau rancangan itu start pukul 9.00 malam, jam 8.30 malam saya dah ada di belakang pentas.
Saya dah pegang mic untuk ready, dah siap untuk go.
Saya memang macam itu dari dulu.
Sementara itu, isterinya, Datin Emylia Rosnaida turut berkongsi bahawa suaminya sangat menekankan disiplin terhadap masa, termasuk dalam urusan harian bersama keluarga.
Dia punya disiplin, kalau nak keluar pergi shopping tapi anak-anak lambat bersiap, dia tinggal.
Kalau dia kata pukul 12.00 tengah hari nak bergerak, tapi tak siap juga, dia tinggalkan je.
So kalau dia kata pukul 12.00 tengah hari, jadinya sebelum jam 12.00 tengah hari dah kena siap.
Kalau tak kena tinggal.
Sumber: TikTok







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
