Pelakon Rita Nadira memberitahu dia pernah dimarahi di set penggambaran sewaktu di awal kemunculan sebagai pelakon.
Namun begitu, dia tidak mengambil hati dan menganggap ianya sebagai proses pembelajaran.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pengarah Pernah Campak Skrip Dekat Muka Saya Di Awal Kemunculan’ – Nelissa Nizam Fikir Positif, Jangan Jadi Pelakon Manja
Artikel Berkaitan: ‘Tekap Seterika, Pukul Baru Boleh Dilabel B*li…Manja Sungguh’ – Rita Rudaini
Artikel Berkaitan: ‘Zaman Aku Mula Berlakon Dulu Bukan Baling Skrip Je, Mandi Air Batu Pun Orang Buat’ – Lana Nodin
Pengarah pernah tinggi suara
Menurut Rita, pengarah pernah meninggi suara dan membaling skrip kepadanya sewaktu pertama kali menceburi bidang lakonan.
Baling skrip tu ada tetapi bukan dekat muka la. Semua tu di awal kemunculan saya dulu. Maklumlah, kita mana faham lagi kamera work tu semua apa. Jadi saya tak kisah. Bagi saya pengarah kalau marah, dia mahu kita bagi yang terbaik. Kita kena ada fikiran positif. Anggap sebagai pelajaran sebab dari pada itu juga saya jadi pelakon yang lebih baik.
Tambah Rita, dia seorang yang positif dan menganggap setiap teguran dan marah itu sebagai suatu kebaikan.
Kalau masuk sebagai artis baharu yang bagus dan ada bakat itu lain cerita, kalau masuk dari zero memang kena hadap. Kalau rasa tak boleh tahan jangan teruskan. Nanti beri kesan kepada kesihatan mental. Kalau rasa minat nak berlakon, ambil teguran sebagai pengajaran.
Ujar Rita lagi, dia pernah mendapat nasihat daripada pelakon senior agar sentiasa bersiap sedia dari segi mental dan fizikal sekiranya mahu menjadi seorang pelakon.
Ramai pelakon senior nasihat saya suruh mental dan fizikal kuat kalau nak jadi pelakon. Sekarang saya faham maksud mereka.
Rita yang ditemui di Uji Bakat Calpis Soda One In A Million di Universiti Malaya, baru-baru ini, turut berkongsi mengenai perkembangan kariernya. Jelas Rita, dia berasa sangat teruja apabila diberi tawaran untuk membintangi sebuah filem.
Ini merupakan filem pertama saya dan saya baru mula menjalani penggambaran. Saya tak berkongsi lebih lanjut mengenai filem ini. Nantikan ya. Selalu orang pandang muka saya sebagai muka drama. Kali ini saya cuba sesuatu yang lain. Doakan saya.
Di akhir temu bual, Rita berkata, dia memasang niat untuk berlakon di luar negara tahun hadapan.
Pencapaian untuk tahun ini Alhamdulillah, saya dah dapat tawaran berlakon filem. Kalau tanya impian untuk tahun hadapan, saya nak berlakon di luar negara seperti Indonesia. Selagi tak capai impian itu, saya akan berusaha.