Pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly menegaskan bahawa hubungan baiknya dengan menantu bukanlah sekadar lakonan semata-mata, tetapi lahir daripada keikhlasan dan kasih sayang seperti yang ditunjukkan terhadap anak-anak sendiri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mesra Suap Menantu Makan, Netizen Gelar Sheila Rusly ‘Mentua Dari Syurga’
Artikel Berkaitan: ‘Agar Ikatan Suci Dijalin Menjadi Ladang Kebahagiaan Yang Subur Selamanya’ – Sheila Rusly
‘Kita kena terima sebab itu pilihan anak kita’
Menerusi temu bual bersama Melodi, Sheila memberitahu dia tidak pernah berpura-pura dalam melayani kedua-dua menantunya sebaliknya hanya menjadi diri sendiri. Dia juga percaya bahawa hubungan baik antara mentua dan menantu amat penting demi kebahagiaan anak.
Saya sebenarnya jadi diri sendiri, tak pernah nak bersikap pura-pura di depan menantu. Macam mana saya layan anak-anak, macam tu juga saya layan anak menantu.
Kalau kita nak anak kita bahagia, kenapa kita nak bermusuh dengan menantu? Kalau kita bermusuh dengan menantu, anak kita akan berada dalam situasi yang sangat susah.
Isteri kepada pengarah, Jinggo ini berkata sifat menghormati antara satu sama lain adalah kunci utama dalam melahirkan dan membina keluarga yang harmoni.
Kita kena tahu kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kita kena saling menghormati, itu yang penting walaupun dia anak menantu, kita mak mentua. Macam mana sekalipun, kita kena terima dia sebab itu pilihan anak kita.
Shiela jadi diri sendiri
@melodiberapi Ramai yang idam dapat mentua maçam pelakon dan penerbit Shiela Rusly ???? #meloditv3 #shielarusly #mentuapilihan #menantupilihan #kontroversi #sensasi #hangat #panas ? original sound – Melodi tv3
Sementara itu, Sheila menepis dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya sekadar berpura-pura melayan menantu dengan baik ketika di hadapan kamera.
Saya hanya berlakon bila saya ditawarkan watak yang berbeza. Kalau saya jadi diri sendiri, kenapa saya harus berlakon? Saya sangat bangga dengan diri saya. Saya rasa netizen pun bijak. Jadi realistik, bersyukur dengan apa yang kita ada
Saya tak rasa tersinggung pun kalau orang kata saya hanya berlakon baik (layan menantu). Anda semua tak duduk sebumbung dengan saya, macam mana korang tahu saya berlakon atau tidak? Kalau nak tahu, kena lah tanya menantu saya. Kalau saya ni mak mentua yang jahanam, rasanya Elisya dah lama lari, Beatrice dah lari ke Indonesia.
Dalam pada itu, Sheila turut memberitahu bahawa dia melayan kedua-dua menantunya secara adil dan tidak pernah membeza-bezakan antara mereka.
Tak perlu nak menilai kehidupan seseorang, cukuplah saya dengan keluarga dan menantu tahu macam-mana saya layan mereka. Saya tak membeza-bezakan kedua-dua anak menantu saya. Saya layan mereka sama sahaja sebab mereka adalah penyambung legasi saya.
Sheila Rusly sebelum ini dikenali sebagai seorang ibu mentua yang baik dan dilabel ‘mentua dari syurga’ kerana keakraban dan layanan baik yang diberikan kepada dua menantunya iaitu Elisya Sandha dan Beatrice.
Hubungan baik mereka sering mendapat perhatian ramai, namun tidak terlepas daripada kritikan netizen yang mempersoalkan keikhlasan Sheila dalam melayan menantu.
Sumber: Melodi