Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau dikenali sebagai UAI menjelaskan hukun bagi seorang suami menekan tanda suka atau ‘like’ pada gambar wanita lain di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Tegur Sikap Pembeli Gigih Beratur Sehari Awal Demi Makanan – ‘Cerdik Ka Bod**?’
Like gambar wanita lain
Menerusi sebuah video, UAI menyatakan tindakan itu menjadi berdosa apabila menekan ‘like’ kerana kecantikan wanita terbabit. Selain itu, kata UAI, foto yang tidak menutup aurat juga jatuh kepada berdosa.
Inilah masalah media sosial. Kalau suami ‘like’ itu sebab perempuan itu cantik, mendedahkan aurat, maka berdosa.
Tapi kalau dia ‘like’ itu bukan kerana aurat itu, tetapi kerana apa yang perempuan itu ucapkan itu betul, contohnya wanita itu berikan resipi makanan dan dia tidak tutup aurat.
Jadi bila dia ‘like’ dia bukan ‘like’ perempuan itu tak tutup aurat, dia ‘like’ resipi. Maka tidak berdosa.
UAI berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada individu yang tidak didedahkan identiti.
Apa hukum suami saya tengok gambar perempuan lain dan kemudian dia ‘like’? Saya disuruh tutup aurat, perempuan lain tak tutup aurat, dia ‘like.’
@ustaz.azhar.fan #uai #ceramahislam #ceramahagama #ustazazharidrus #bigboss ##fyp #fyp? #fyp??viral #fypage ? original sound – Ustaz Azhar Fan
Dalam pada itu, UAI menasihati golongan suami untuk menghindari daripada melakukan kerana boleh timbul perasaan ragu pada isteri.
Kemudian pula bini dia cemburu tengok. ‘Aku disuruh tutup aurat, perempuan lain dia pakai ketat dia pergi ‘like’. Apabila begitu terjadilah keraguan benda yang meragukan.
Maka sebaiknya tak usah ‘like’ kerana dia menyebabkan isteri kita rasa ragu. Nabi kata kalau meragukan, tinggalkan perkara itu.
Sumber: TikTok