Di TikTok, rata-rata netizen kagum mendengar kelunakan suara penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz ketika menyanyikan lagu ‘Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu’, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cantik Aisyah Aziz, Secantik Namanya Dengan Imej Baru’

Unik dan sedap

Menerusi rakaman video berdurasi 0:54 saat itu, Aisyah dipercayai sedang melakukan ‘sound check‘ sebelum melakukan persembahan bersempena ‘Projek Kasih 2024’.

Menurut netizen, Aisyah menyampaikan lagu nyanyian Uji Rashid itu dengan baik sekali. Bahkan, netizen turut berkata bahawa suara Aisyah seakan sama seperti Biduanita Negara, Allahyarhamah Puan Sri Saloma.

Video

https://www.tiktok.com/@jujulee7/video/7326432250403278087?lang=en

Sumber: TikTok